Wednesday, June 25, 2014

Dirty Little Secret




Tujuan post ini ditulis adalah sebagai rujukan dan alibi. I dont know what will going happen next. I dont know if I have enough time to live or do I have in that situation if something worst happen. Cerita ini adalah tentang hidup aku. Salah satu yang memberikan aku tekanan mungkin sejak dari sekolah menengah lagi sehinggalah sekarang. Bukan mahu buka pekung tetapi jika ada yang sudi bantu aku sangat mengharapkan. Aku tak adalah teman yang rapat untuk bercakap. I will feel awkward. I cant find anyone that truly will be my listener. Pernah cuba ceritakan kepada beberapa orang ada yang supportive tetapi masing-masing ada kehidupan sendiri sekarang. Ada juga yang tak mahu ambil tahu selepas dengar kerana ignorence with his past. Apa-apa pun ini mugkin akan menjadi bukti jika berlaku apa-apa diluar kawalan nanti.

Ok, sambung cerita,,

Tinggal di asrama adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk menimba banyak pengalaman. Ada juga yang pahitnya tetapi apabila berada di sana pastinya aku akan rindukan rumah kerana stress dengan banyak perkara di sekolah. Tapi apabila berada di rumah, aku akan rindukan asrama pula. Aku ingatkan pulang ke rumah dapat merasa suasana yang aman.Sebaliknya...

Ramai yang tak tahu. Ketika aku di Tingkatan 3, sedang bertungkus lumus untuk bertarung menhadapi PMR, satu kejadian tidak di duga berlaku. Mujur aku jadi saksi juga kerana aku ada pada malam itu. Kakak pulang dari tuisyen malam menaiki basikalnya pulang ke rumah dalam keadaan menangis. Pada mulanya dia tidak menceritakan apa-apa. Lebih kurang seminggu, kakak akan menangis pada setiap malam. Keadaan di rumah menjadi sangat tertekan.  Kami sekeluarga percaya kakak telah disampuk atau dirasuk oleh hantu. Mujur kami ada seorang pak cik yang tahu juga tentang ilmu sembuh ini dia telah merawat kakak dan benda itu dipercayai telah disimpan di dalam sesuatu (tak ingat apa :/ ) dan kami membuangnya. Setelah mendengar semuanya dapat disimpulkan pada malam itu. kakak telah ternampak hantu raya yang sedang bergayut di sebuah pokok. Hantu itu dipercayai di bela oleh seseorang di kawasan kejiranan ini yang baru sahaja meninggal dunia pada ketika itu.

Aku dan kakak dulu sangat rapat ketika kecil. kami akan bermain bersama dan bergaduh bersama. Selalunya aku yang akan mengalah & menangis. Mana mungkin aku akan pukul seorang perempuan? Itu yang aku diajar. Dah lah darah daging sendiri. Tetapi apabila meningkat dewasa kami menjadi sangat tidak serasi. Ada saja kesalahan kecil, pasti kakak akan menuding dan membesarkan cerita supaya ibu & ayah pun mungkin terpengaruh. Kami bertengkar juga tetapi ada satu point yang dia selalu ungkit. Dia akan cakap mentang-mentang aku pandailah, berlagak baiklah. Demm satu tuduhan yang dilemparkan oleh kakak sendiri mana tak bengang. Bukannya aku minta jadi pandai. Mungkin aku berusaha sejak dari sekolah dan menjadi harapan keluargaku. UPSR,PMR semuanya bagus. Lepas bertengkar dengan dia aku selalu akan menangis. Kadang-kala aku hanya berdiam kerana itu aku sejak dulu. Aku mungkin akan beremosi seorang diri dan menyimpan semuanya

Berbalik kepada situasi selepas kakak dirasuk, perangainya kian berubah. Dia menjadi sangat pendiam. Oh ya, mungkin effect SPM dia juga sebab dia selalu tak datang sekolah sebab penyakit tu dulu. Dia pernah dapat no.1 dalam peperiksaan kalau aku tak silap walaupun kelasnya adalah kelas hujung (you know what i mean with the system in sekolah menengah kebangsaan). AKu ada suspect maybe ada kawan sekolah dia yang mungkin rancang nak jatuhkan dia & hantar hantu tu.Atau... Mungkin itu hanyalah imaginasi aku yang sangat luas sahaja.

Selain mendiamkan diri, dia juga berperangai pelik seperti takut keluar rumah, tak mandi dalam beberapa hari, berkemban dalam rumah dengan kain batik & tuala dan sentiasa membuka lampu dan tidak mahu pulang ke kampung/ keluar berjalan bersama. Dia selalu akan menonton rancangan hindustan/hindi sahaja keran itu minatnya sejak kecil.( Itu je yang aku ingat waktu tu). Dari PMR hingga SPM pasti aku akan titipkan doa sikit  untuk kakakku supaya dia kembali normal. Sejak dari kejadian itu perangainya berevolusi. Selepas takut keluar rumah etc tu.. Dia kembali mendapat sedikit semangat mungkin berkat doa ibu & pelbagai usaha ibu dan ayah lakukan melalui kaedah alternatif. Ibu juga berpesan kepadanya supaya sentiasa bersemangat.

Kakak mula mencari kerja. Dia tak mahu sambung belajar kerana alasannyanya tak mahu membuat assignment. Walaupun ibu ayah mengharapkan dia sambung belajar tetapi diturutkan sahaja kemahuannya. Dia kemudian dapat kerja sebagai pembantu di sebuah klinik berdekatan. Ingatkan setelah dia mempunyai kerja dia akan berkelakuan baik tetapi dia tetap sama. Pada ketika ini juga dia mempunyai seorang "adik angkat" yang kami sendiri tak tahu di mana dia berkenalan. Lelaki muda itu selalu menelefon rumah. Ayah marah kerana dia selalu menelefon pada tengah malam. Pernah sekali lelaki itu datang pada waktu maghrib dengan motornya di luar rumah. Dia mahu jumpa & ajak kakak keluar tapi ayah tak benarkan kerana dah malam. Tapi beberapa bulan selepas itu, dia berhenti. Ibu bertanyakan doktor & kakak sendiri. Kakak kata orang-orang kat situ tak sukanya. Doktor pula cakap sebaliknya kerana mungkin tahu kakak pernah lemah semangat dulu.

Lepas itu dia menjadi pembantu taska di sebuah taska berdekatan. Perangainya mula berubah.. berubah menjadi pelik lagi. Dia akan keluar rumah mengikut pintu belakang rumah (yang selalunya menjadi situasi menyusahkan kepada kami kerana basikalnya lagi, kunci yang dia kadangkala tiada). Aku perasan dia cuba mengelak bertembung dengan jiran. Apabila jiran bertegur dengannya pun dia selalu akan lari atau mengelak. Lagi satu apabila ibu, ayah atau kami bertanyakan soalan / memintanya membuat sesuatu dia pasti akan diam membatu. Dia seperti tidak mahu mengambil kisah walupun sebenarnya banyak masalah yang dia timbulkan kami cuba selesaikan. Ada lagi beberapa perangai peliknya yang tidak ku ingat. Aku akan update kalau tiba2 teringat. Selepas beberapa bulan, dia berhenti kerja lagi.

Apa yang dia buat kini? Dia berubah lagi. Dia sudah mula pandai menggunakan komputer dan melawat laman-laman sosial untuk mencari teman. Aku check dia selalu masuk ke ruang chat, skype/fb & berkenalan dengan ramai lelaki. Dia akan dicatitkannya nama,nombor, tarikh dan mungkin no plat kereta di sebuah buku. Dia akan keluar bertemu dengan lelaki-lelaki itu sampai jiran pun ada yang sedar. Aku tak mahu menghalang kerana takut sifat berang ku keluar membuak-buak dan mungkin aku akan menggunakan kekerasan. Aku hanya memberitahu kepada ibu dan ayah. Selepas mereka tahu mereka menasihati kakak tetapi dia masih teruskan. Kami sendiri tidak tahu di mana dia belajar semua itu. Dulu dia sangat buta IT. Aku suspect kawan-kawan barunya yang bekerja di taska yang mengajarnya.

Aku perasan dan terdengar dia akan menolak perilaku-perilaku maksiat yang cuba sesiapa mengajaknya. Jadi aku biarkan kerana tahu di tahu menjaga diri. Macam mana aku tahu? kerana dia kini bercakap seorang diri. Dia akan bercakap tak kira di dapur, di bilik atau di bilik air. Dia juga suka mengajuk & mengata jiran-jiran yang konon baginya menyibuk.
Dia juga sudah pandai keluar malam. Jika di marah atau dihalang oleh ibu ayah, dia akan mengungkit kenapa aku & adik aku boleh. Dia tidak sedar yang dia tu perempuan & ibu ayah risaukannya berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Banyak kali dia bertengkar dengan ibu ayah pagi-pagi buta/lewat malam ketika dia hendak keluar itu. Dia kini pandai melawan dan menjerit kasar. Dalam fikiranku, dia telah tersilap menerapkan semangat yang ibu suruh dia buat. Dia menerapkan semangat itu untuk memberontak dan melawan dengan orang yang menghalang hidupnya.

Kejadian paling tidak aku lupakan, satu pagi lebih kurang pukul 4, dia marah & menjerit all-out kepada ibu yang menerjahnya ketika dia hendak keluar. Mungkin dia rasa terkejut + konon nak keluar sembunyi2 waktu itu. Habis jiran-jiran pon dengar dia menengking kepada ibu & ayah (mereka bertanyakan pada aku next pagi tu). Dia mula menolak barang-barang yang ada di dalam biliknya dengan berang. Aku & adik yang terjaga juga cuba menyuruhnya diam. Dalam sekelip mata dia menolak ibu dengan kuat. Adik lelaki itu dengan reaksi spontan/ tindak balas semula jadi menolak kakak kembali untuk jauh daripada ibu. Kami memukulnya kerana dia tidak di luar kawalan. Aku mula sedar kepala ibu berdarah kerana terhantuk sesuatu. Selepas itu dia baru slow down sikit tetapi mulutnya masih marah dan cakap itu balasan ibu yang halang (walaupun sebenarnya ayah yang menergahnya & ayah dah beritahu). Dia tidak meminta maaf pon. Dia terus kembali online sampai lewat pagi seperti selalu dilakukannya. Ayah & adik membawa ibu ke hsopital. Aku tak dapat menhan emosi hanya menahan berang dalam kepala otakku dan menangis dalam bilik . kalau ikutkan mahu sahaja aku lakukan sesuatu fizikal tetapi itu bukanlah norma manusia. aku sedar. tetapi sampai bila perkara ini akan berterusan? Kini hari-hari yang aku lalui tinggal di rumah ini kian tertekan. AKu pasti ibu dan ayah juga begitu tetapi mereka mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Aku tahu aku tidak Bila-bila masa sahaja aku pasti akan meletup. Aku hanya mempu menahan apabila darahku menyirap dengan perbuatan & perangai kakakku.

Ada lagi perangai abnormalnya. Dia akan makan tak kira waktu. Dia akan ke dapur dan masak. tetapi tengah malam/awal pagi sudah pasti ada. Mula-mula dia jarang makan apa yang ibu masak tetapi kini semua disebatnya. hinggakan makanan yang ibu siapkan awal pagi untuk sarapan & tengah hari untuk aku & adik juga, dia akan habiskan dulu atau ambilnya dalam kuantiti yang banyak. Ubat gigi, pencuci muka, kicap & semua cecair lain habis di simpannya dalam bekas (tupawere). Aku rasa mungkin ini sistem yang diajar kepadanya ketika di taska dan dia mula terjebak melakukan perkara yang sama di rumah. Makanan yang tidak habis dia akan campurkan walaupun makanan-makanan itu berlainan. contohnya ada bubur dan donut bawah tudung saji yang tak habis lagi, dia akan campurkan bubur itu bersama donut dalam satu bekas. Air minuman dan barang makanan lain juga dia cepat habiskan. Aku ada terdengar apabila dia bercakap sorang-sorang (selalu aku terdengar sebab dapur dekat dengan bilik aku) dia cakap buat apa nak membazir baik habiskan. Dia tak sedar dia sebenarnya membazir kerana tidak jimat. Aku hanya tunggu dia self-distruct dan merana suatu hari nanti. Nak bantu bawak pergi psikologi aku bukannya ada duit & aku tahu keluargaku tak mampu. Ibu & ayah mencuba rawatan alternatif seperti air jampi/bacaan untuk kakak minum sahaja. Jika mahu dibawa ke pusat rawatan pasti kakak akan marah kerana pernah mereka cuba membawa juga.

Kalau aku ada sedikit wang dan bantuan pasti aku akan lakukan sesuatu. Kini aku yang tidak ada kerja lagi hanya mampu berdiam & ignore-kan dia supaya aku juga tidak tertekan. Tetapi...sekali lagi..sampai bila hal ini akan berterusan..sewaktu aku menulis blog ni pon dia bercakap seorang diri di dapur. Dia bercakap tentang dia akan melawan tak kira siapa mahu pun ibu (yang baru sahaja cakap padanya mahu menelefon polis jika dia pulang lewat lagi) . dia tidak kisah. Jika itu dosanya, itu dosanya. Dia dah besar dia akan semangat untuk bermelawan siapa-siapa yang menghalangnya. dia juga ada nyatakan kenapa ibu tak serik lagi lepas dah nangis-nangis & terhantuk berdarah hari tu. (aku ada rakam semuanya melalui tingkap bilikku). Aku harap ini akan menjadi bukti mana tahu suatu hari nanti dia bertindak di luar kawalan seperti berita-berita yang sering keluar di akhbar tentang ahli keluarga yang hilang minda & kawalannya. Aku tahu kakak mula berubah selepas semangatnya lemah dulu dan kini di dalam kepalanya semua orang mungkin tak suka padanya & pandang rendah padanya walaupun itu semua perasaan dirinya sendiri yang tidak secure. Sebab itulah dia berubah keluar dari norma adab, agama dan kehidupan manusia.

Sesiapa ada idea atau bantuan boleh juga usulkan pada aku...please.. kami hanya mampu berdoa kini

p/s: sorry bahasa carca marba sikit sebab tekanan juga untuk menulis semua ini dan mengingat semua kembali