Wednesday, November 9, 2011

SubDiary: Pay Me Billion






Dah lama dah nak buat entry ni tapi tak berkesempatan dulu. Entry ni akan bercerita tentang tempat kerja aku dulu. Tiada sebarang racist atau unsur negatif tetapi nak cerita je pengalaman~

Cuti 4 bulan..bosan nak duduk rumah. Fikir2 lah nak buat part time apa, Tup tap tup tap terlintas idea ni ketika tengok wayang. Macam best je kerja kat cinema, ye la aku ni pon suka tengok movie. Jadi dengan berani dan tak malunya cubalah mintak kat satu tempat ni.(yang terbaca kat status FB aku sebelum2 ni tau la) Saja je mintak syif malam sebab aku takut aku tak sempat pagi-pagi.
Dia ada tanya nak kerja bahagian mana aku cakap bahagian steward and ticketing tu. Tapi dia bagi consession a.k.a jaga makanan2 tu. Terima je la.

1st day, die tunjuk ajar je. Lepas tu jadi back up kat kaunter selama seminggu. Selepas aku, ramai juga lah yang mohon kerja tapi kebanyakannya dah ada geng. Aku je sorang-sorang kat situ. Budak yang baru, 3 hari kerja dah buka kaunter dah. Aku bukak selepas 5 hari/ seminggu sebab diaorang yang tak bagi lagi. Hah, crew leader syif siang kat sini adalah seorang B-boy yang terkenal. Dia lah yang bagi aku buka kaunter. 1st time ok la gak tapi bila closing paling banyak short. Aku pun macam tak tahu sangat macm mana boleh jadi macam tu.

Aku simpulkan ada beberapa kelompok antara pekerja kat sini- 1. Geng2 India 1. 2 orang Melayu yang kawan rapat gak. 3. 2 orang budak sekolah. 3. 3 orang budak lepasan sekolah kot. 4. Geng2 "jiwa lain" 5. Hey thats me alone lol :P
Dah lama kerja kat situ barulah aku tau ada yang main duit.

Main duit: Sama ada ambil dulu duit float berapa banyak simpan dalam poket lepas tu pelanggan datang, pandai2 lah trick. Pelanggan yang tak ambil Combo mesti bayar lebih. Tapi bila punch dekat mesin duit tu punch kombo la. So duit akan jadi banyak dan cover balik duit yang dah "diambil" tu.

Cara kedua- buat perihal combo tu tapi ambil duit kemudian.
Cara ketiga- punch je makanan lain walaupun pelanggan tak order tu. Jadi nanti kita boleh ambil makanan tu makan!

Kata diaorang kerja kat sini sampai bila pon tak boleh kaya kalau jujur / ikhlas.

AKU TAK BUAT BENDA TU.& Bangkang kata-kata diaorang!...dalam hati .. :P

Lepas aku tau ada yang buat benda tu aku teringat masa 1st time aku kerja yang short duit banyak tu, ada mamat India ni, T bukan nama sebenar take over kaunter aku time break. Aku syak dia.

Ada satu masa ni plak ada sorang mamat India lain, G bukan nama sebenar kerja dia asyik mengarah terutama kat orang-orang baru macam aku, budak2 sekolah n lepasan sekolah. Aku macam memberontak sikit sebab aku tak suka hal junior senior ni. pada aku masing-masing kena saling hormat. Yela dia asyik suruh ada budak sekolah tu buat kerja pada hal kawan dia si T, asyik mengangkang tak buat apa. Time crew leader / bos2 ada baru dia tunjuk konon-konon busy. Aku pun masa nak kemas popcorn, aku macam hentak-hentak tong popcorn tu. Tiba-tiba si G marah2 dia kata kalau tak nak kerja tak payah la buat kerja bla bla bla....Lepas tu si T menyampuk nak back up. Aku terdiam pula time tu ingat nak lahar gak tapi tengok crew leader syif malam aku, Sir A tu ada, macam tak sampai hati. Menyesal pun ada gak sebab mesti dia fikir aku bukan-bukan. Tak ada sorang pon yang back up aku masa tu. Aku pun tebalkan muka je lah. Bila dah habis kemas nak balik, ada pula yang datang cakap bagus aku buat macam tu sebab diaorang pun pernah kena. Diaorang cakap buat je macam tu sebenarnya diaornag pun akan back up. (tapi tadi tak pun -_-" kata hati ku haha)

Selepas peristiwa tu, tak ada siapa-siapa berani mengarah aku. Aku pula jadi cashier dengan jaya nya. Setiap kali aku bertugas aku dapat sale paling tinggi. Aku suka kerja sorang-sorang. Walaupun yang lain ada back-up aku still boleh kerja dengan laju. Kalau ada back-up pon aku tak kisah tapi back-up tu jangan over shadow aku sebab bila die over aku yang jaga mesin cashier ni lambat sikit dari dia, kerja jadi macam tergopoh-gapah. Hari tu ada macam krew leader / jawatang lagi tinggi sikit ni kata aku jadi best worker of the month. Tapi tak tahulah cakap-cakap je ke apa sebab macam tu je dia bagi tau.

Antara sebab lain sale aku paling tinggi, yang lain suka sangat rehat, pergi hisap rokoklah itulah inilah. Bila time rehat pulak, sekali semua pergi rehat tinggal aku sorang-sorang. Bila lama sikit barulah ada yang perasan maybe sebab tengok mood aku / tak pun muka aku ni. hahaha.. tapi sorry dah terlambat hujung-hujung time aku berbelah bagi nak berhenti dah.

Ada juga beberapa kali aku ponteng kerja sebab tiba-tiba rasa bosan dengan keadaan-keadaan seperti yang aku bagi tau kat atas. Aku ambil keputusan nak berhenti sebab bulan puasa nak dekat juga. Emak aku pun setuju & cadangkan.
Rasa macam nak teruskan kerja pun ada gak dan tukar ke syif siang sebab orang2 syif siang pon ada ajak sebab diaorang tak cukup pekerja tapi akhirnya aku berhenti. Ada beberapa simboliklah yang suruh aku berhenti antaranya tiba-tiba mesin duit aku tersekat tak boleh bukak. KErja aku tergendala & tak dapat banyak sale pula 1 malam tu. Sebenarnya boleh mohon cuti lama sebab sambung belajar tapi aku hantar je surat berhenti.Kalau aku rasa nak kerja balik kat sini, nanti cubalah interview balik.

Apa-apa pun aku dapat banyak experience & kenalan kat tempat kerja ni. Terima kasih lah kepada yang banyak bantu aku, rakan sekerja syif malam,syif siang,rakan gurau-gurau, store boys, crew leaders- Sir A yang nampak garang tapi tegas, Kak N yang tegas( orang lain kata garang tapi ok je sporting & suke tolong), mr. B.boy, mummy, kak long, bos besar dll ~


Tak lupa juga pada customer yang aku suka layan. Ada juga customer yang selalu datang, puji-puji aku, marah-marah aku walaupun aku bukanlah penyebab lambat tapi line beratur yang panjang nak buat macam mana. Paling best bila ada customer cakap " I suka u sebab fikiran optimis "-somethin like that lah..haha sebabnya die nak air ice lemon tea tapi dlm combo biasa tak ada. Lepas tu member kerja cakap tak boleh kalau nak kena tambah duit. Tapi aku cadangkan combo lain. Aku pun suka layan customer Mat Salleh sebab boleh speaking & tolong orang yang tak faham.

AKu paling tak suka customer arab/negro- biadap, suka lambat-lambat, cakap lain mula-mula lepas tu tukar pulak, buat macam ni tempat dia, pengotor.


AKu pun dapat banyak kelebihan bila kerja kat sini, makanan dapat 20% diskaun. Boleh tengok wayang free je & boleh ajak kawan-kawan. Aku sempat ajak 2 orang junior aku tengok wayang sama.
Dapat jumpa ramai artis, kawan-kawan & orang yang aku kenal yang tetiba datang tengok wayang kat situ.
Seminggu ketika nak berhenti tu pon aku kemas-kemas awal lepas tu tengok mid-nite movie sorang-sorang sebelum balik.
Selalu bila dah habis kerja aku lepak kat Bukit Bintang, mcD, KFC dll walaupun boleh duduk/tidur kat Gold Class. Dapat jumpa ramai kawan gak kat situ, tengok banyak peristiwa & keadaan KL waktu malam.

2 bulan lebih kemudian, aku datang tengok wayang kat situ. Banyak perubahan aku nampak. Pekerja Melayu dah kurang. Yang ada ramai India termasuk geng2 yang kerja dengan aku tu.Ada pekerja yang akukenal dah naik pangkat. Ada juga yang kenal aku lagi macha, mamat india/pakistan yang jaga hot spot ( hot dog/corn), seorang pekerja India yang part time, siang dia kerja kat Celcom dia dulu pernah kerja kat situ sebelum aku. Time beberapa hari sebelum aku nak berhenti barulah dia kerja balik sebab rindu katanya. Dia salah 1 kerja yang dedikasi bagi aku. Diaorang cakap diskaun pekerja dah tak ada. Yang lain-lain ramai dah berhenti, ada juga yang dah sambung belajar.

Masa bayar parking pula, terserampak dengan si T dan sorang store boy yang aku kenal. AKu tegur diaorang, Si T cakap "Eh, hidup lagi kau eh" sebelum beredar. Aku senyum je, dalam hati aku cakap " of course lah. kenapa tak percaya? Aku boleh survive. Motif cakap aku hidup lagi?"



Sunday, November 6, 2011

SubAdrenaline: The Sacrifies





Okay,when we talk about Raya festive, there are 2 that muslim celebrate; Aidilfitri and Aidiladha. Basically AidilFitri coz we celebrate after we fasting bout 1 month and Aidiladha coz remembering one of our prophet who sacrify himself when Allah ask to do so.

But, i dont want to talk about that. I want to talk about how to handle eating food when there will be a lot of "Open House" invitation or we just want to visit someone else. We will get serve by a lot of food that have many nutrition or CHOlestrol. I just want to share info that i learned or gain through other people,internet, book and my own idea. maybe u already know coz its basic or u never think of it:~

1.Food Sacrifies
- take small plate
- if u can, eat after every 5 hours
- take only special food/ food that u dont have a chance to eat it for a long time.
- if u want to try all, just take a very small pieces or a spoon of the food.
- drink a lot of plain water(better mineral water) before eat
- dont drink soft drink for God sake
- if there are a lot of kuih Raya i rather choose kerepek-kerepek
or kacang-kacang because dont have a lot of sugar & butter.
- eat a lot of fruit/vegie
- or dont eat just visit other people ask their condition, have a conversation etc


2. Cholestrol/Energy Sacrifies

- take ur ass off and go work out/ exercise when u have free time/ every evening/anytime!
- do a lot of activities during the festive- walking to ur destination, do the house chore, washing dishes after eat,
- fasting day after that

so do u have other ideas that would you like to share?
comment below here :)
btw Selamat Hari Raya Aidiladha~ hargai pengorbanan hayati kehidupan~ :D

Thursday, August 11, 2011

Langit Baru






1st of all after take a break from blogging for quite long time, Im back.. dundundun..
ok dah kembali kena lah lebih "fresh", lain, dan juga penuh dengan positif. Jadi aku tertarik untuk berkongsi beberapa perkara. Jadi blog ini akan ada beberapa segmen :~

SubDiary : Akan menceritakan kisah hidup dan pengalaman aku

SubEyes: Review tentang filem, hiburan dan seni

SubAdrenaline: Info dan perkongsian sukan dan kesihatan

ExtraXSub: Lain-lain



Jadi kalau ada apa-apa nak dikongsi boleh lah bagi cadangan.

Post akan datang
~ SubDiary : pengalaman kerja
~ SubAdrenaline: tips untuk berubah jadi sihat / bersenam dalam bulan puasa

xoxo Subfriend


Friday, June 3, 2011

Do or Dare



Baiklah entri kali ni nak singkap pula salah satu agenda yang berlaku last sem. Ingat tak hari yang Isnin yang aku kena jumpa Dekan dengan calon-calon MPP fakulti aku yang lain? Ha, sebenarnya pagi tu ade kelas CTU- Hubungan Etnik (mcm subjek agama islam la).

Ustaz suruh kami sekelas (gabungan 3 kelas-skrin,penulisan, animasi) buat satu event yang berkaitan dengan Hubungan Etnik. HAri tu la ustaz cari pengarah program. Banyak kali ustaz tanya and tuju orang tu dan ini tetapi tak ada pun yang berani nak ambil. Even, ada kot ramai yang "senior" or "dah lama" kononnya buat program tapi tak nak terima. Sekali tu ada orang cadang nama aku and ustaz tanya aku, aku terus je bersetuju sebab drag masa semata-mata nak pilih Project Manager tu. Rasanya ada lah suara-suara yang macam tak bersetuju. Tapi kenapa PENAKUT sangat tak nak terima bila ustaz bagi? :P
Itu tak apa lagi tapi bila nak buat mesyuarat ke apa memang liat sangat beberapa orang ni nak datang. Kalau ada kelas tu tak apa lah. Jangan cakap aku tak inform. Aku dah suruh wakil kelas gitau dan post dalam FB lagi. Mula-mula tu ustaz suruh buat teater tapi semua rasa macam susah sebab bukan ambil seni lakon pon kebanyakan kitaorang. So, aku decide and tanya ustaz suruh tukar. Then ustaz setuju cadangan kitaorang buat short film.

Masalah timbul bila pihak fakulti cakap tak ada bajet pada mulanya. Setelah mintak pandangan beberapa pihak, kitaorang terpaksa tukarkan event ni kepada forum kalau nak guna bajet fakulti. Bila dah tukar, ustaz nak ada juga persembahan daripada kami sebagai penilaian. Ustaz pun akan usahakan bajet dari pihak CITU. Masalahnya lagi, bila sebut pasal persembahan, ramai yang macam tak nak terlibat. Dia orang lebih suka urus teknikal/ pengurusan. Hello! takkan semua orang nak buat pengurusan dah kalau ustaz nak juga persembahan. Ajak beberapa orang casting pun susah.Adei -_-". Event ni kiatorang rancang nak tontonkan short film then barulah pihak panel berdiskusi tentang short film tu dari aspek hubungan etnik. Satu masalah lagi timbul bila susah nak cari short film yang ada nilai hubungan etnik. Nasib baiklah En.Hassan Mutalib cadangkan ambil projek 15Malaysia.

Sebenarnya waktu pertengahan sem uruskan event ni memang banyak cabaran. Time tu pulak aku bertanding MPP, so banyak perkara macam tergendala sikit.Aku terima jadi pengurus projek pun sebagai cabaran and untuk belajar. Lepas tu tak sangka pulak aku betul-betul dapat bertanding dalam MPP. Its not problem sebenarnya, sebab aku boleh gain somethin and salurkan pada event aku nanti.Dah habis pilihanraya pulak kan aku macam lost. Dari segi mental and juga pelajaran yang banyak kena catch-up balik. Malam-malam selalu kena attend kursus tapi bila dah tak ada rasa kosong. Selepas pilihanraya juga setiap kali aku terjumpa orang aku pasti akan tertanya apa pandangan dia orang terhadap aku. Maklumlah semasa bertanding pun situlah kita dapat tahu mana kawan mana musuh, mana yang suka kita dan mana yang tak suka. Tapi yang ok nya ada lah beberapa orang yang sebelum ni aku tak kenal pun dah bertegur sapa dengan aku. Orang pun dah macam kenal aku mesti ada pandangan berbeza. Ok, back to topic, time aku tengah lost and down ni, penolong pengurus dan Setiausaha kaulah banyak tolong dan gerakkan kerja. Aku berterima kasih banyak-banyak kat dia orang. Walaupun rasa macam tak suka di push oleh diaorang tapi itulah sebaiknya kot daripada aku terus lost. Dia orang pun dah selalu kenal and hang out sama-sama sem ni. Itulah jadi macam salah satu sebab juga aku rasa aku boleh handle event ni sebab diaorang pun ada senang kerja dengan aku.

Bayangkan lagi dua minggu nak event, banyak tak siap. Persembahan yang akhirnya jadi dua je tak pun nampak lagi latihannya. Pantomim sajak yang diuruskan aku dan juga persembahan nasyid daripada beberapa pelajar lelaki.Tapi nasib baik semua dah dirancang cuma tak nampak banyak geraknya lagi. Bahagian pengurusan lain banyak diurskan oleh penolong aku dan S/U. Diaoranglah banyak kena gerak sana-sini. Masalah lagi bila nak cari panel. Mula-mula cadangnya Pekin tapi untusesuaikan dengan hubungan etnik kitaorang cadangkan penagarah Ho Yuhang. Mula-mula dia setuju, tapi lepas tu dia macam diam je & lost contact. 2 minggu sebelum tu pulak, kebanyakn antara kitaorang satu kelas kena pergi trip ke Taman Negara untuk subjek Cinephoto.
Time-time trip tu jugalah banyak yang bermain kat fikiran aku tapi kiatorang macam rileks sekejap minda. Aku try conatct Pekin, Mamat Khalid dll tapi masing-masing pun busy. LAst-last lagi seminggu dapat contact Ho Yuhang balik. Dia rupa-rupanya fly ke Australia jap.

Bila buat mesyuarat minggu terakhir, time ni la yang beberapa orang yang tak pernah nak datang mesyuarat dulu, datang pulak. Macam-macam lah diaorang cadangkan, komen, dan beria nak tahu benda yang diaorang tak tahu. Awal-awal dulu tak nak pula ambil tahu dan cadangkan. Ni semua dah di plan baru nak ubah. It is too risky. tapi aku boleh je ambil beberapa perubahan demi kebaikan. Time rehearsal pertama dekat Dewan Kuliah Puncak Alam ada sedikit kelam kabut. Nasib baiklah ada orang tolong handlekan bagi lancar sebab aku pun ada kelas waktu tu.

Waktu hari kejadian, kita orang semua berkampung kat dewan tu buat rehearsal. Ada juga masalah lagi sebab beberapa orang ada kelas petang tu, malam pulak event start. Makanan pula tak seperti yang dirancang sebab sepatutnya bajet cukup dan ada makanan cukup dari pagi hingga malam event. Bila malam nak start tu pulak, dekan dan beberpa pensyarah lain tak datang untuk rasmikan sebab follow up dengan mereka tak selalu buat. Pelajar dari Puncak Perdana pun ramai tak datang walaupun ustaz kata dah uruskan kedatangan mereka. Ho-Yuhang pulak datang lambat kerana tersesat. Tetapi bila dah sampai je event bermula. Semua berjalan agak lancar walaupun ada kekurangan. Ada yang sukakan persembahan malam tu daripada pantomim dan nasyid. Aku pun tumpang bangga dengan diaorang sebab lakonan dan bersajak yang bagus serta nyanyian nasyid yang membuat semua terhibur. Agak janggal juga duduk dengan VIP ni sebab baru 1st time aku jadi pengarah projek.

Bak kata orang, setiap event yang dirancang pasti ada masalah, kalau tak ada masalah, tulah masalah besar sebenarnya. Jadi tak perlulah kita berbalah. Apa yang kurang harap dimaafkan, yang berjaya tahniah dan terima kasih ye :D . Disebalik malam tu adalah juga seorang perempuan dari fakulti yang biasa buat event di Puncak Alam komen tentang event kita orang. Pedas juga komen dia tapi kosong! sebab dia tak tahu apa-apa yang berlaku so shut up. Lagi satu buat semua orang jangan cakap negatif tentang beberapa krew aku dan pengurusan kami lebih-lebih lagi penolong aku dan setiausaha aku tak buat kerja. Diaoranglah yang paling bersusah payah. Kalau masuk Apprentice Donald Trump, kat board room pasti ada orang akan cakap aku tak deligate kerja kat orang lain dengan betul. Aku terima je sebab aku baru belajar. Tapi semua urusan tu dah dibantu oleh penolong & S/U aku. Jadi kalau ada kekurangan pun sebab masalah lain atau anasir-anasir lain.

Adalah dengar banyak cakap belakang tapi kalau nak tengok pun orang yang cakap ni pun lagi teruk sebab sebenarnya ramai yang cakap diaorang pun ada masalah bila buat event dulu-dulu. Apa-apa pun nice experience dapat handle benda macam ni, dapat kenal dan jumpa banyak gelagat orang :D . So, lega semuanya bila event ni dah habis. Tak ada lagi runsing-runsing.

Wednesday, May 18, 2011

Dibalik kotak pilihan part 2





Continue entry lepas. Sori lambat. tak ada kesempatan waktu dalam sem yang banyak cabaran ni

Lepas poster dikoyakkan malam tu. Isnin pagi pulak aku edarkan flyers kat orang ramai untuk datang mengundi & promote aku..tp adalah seorang mamat ni so called "senior" boleh buat dek je bila aku bagi flyers. At least cakap tak nak or just ambil. Huh mesti dia adalah dari golongan anti-politik kononnya padahal aku rasa hidup dia cukup terkotang-kanting . Lihat je lah badan dia yang kurus kering macam penagih dadah tu..

kita lupakan jelah segala sabotaj yang ada...So, lest go to D-day: HAri pengundian calon. Aku duduk di tempat mengundi bersama calon lain dari pagi sampai petang untuk greeting pelajar yang datang. Dalam pada itu, jentera aku masih buat "pondok panas" apabila mereka memakai t-shirt yang tertera namaku untuk dijadikan calon MPP fakulti. Mereka pon pergilah bersiar-siar jalan kat kolej tu pakai t-shirt tu. Ada juga duduk kat satu gazebo. Nice, tqvm to my jentera.

Sesi undi dilanjutkan sampai pukul 6. Petang tupun aku dan lain-lain tarik ramai pelajar fakulti untuk turun mengundi. Yalah prestasi fakulti sebelum ni antara tercorot dalam sesi pilihanraya ni. ALhamdulillah banyak peningkatan pada kali ini. Sebelum undi hendak dihantar ke puncak alam untuk di umumkan kami disuruh tandatangan sebagai saksi melihat data dimasukkan. Dari situ nama aku dipanggil pada giliran ke empat. Abang 1st, kak Ayu 2nd. Ada juga terdetik ada kemungkinan besar itu merujuk pada kedudukan undian coz staf yang ambil nama kitaorang tu dia tengok kat skrin komputer :O

Bagai satu dramatik, kalau dulu penamaan calon aku datang agak lewat tapi sempat. Nak umumkan keputusan pula, aku tersampai lambat sebab aku naik kereta kawanku. Yang lain yang naik bas dan dah sampai sedang tunggu aku untuk memulakan majlis. Apa lagi berlarilah ke sana. Betul jangkaanku aku hanya dapat temapt ke 4! Abang 1st, Kak Ayu 2nd, Huzai 3rd. Aku tak sedih, tak juga gembira cuma berfikiran terbuka & lpangkan dada. Perbezaan antara aku dan Huzai cuma beberapa angka dan beza antara kak ayu cuma beberapa belas. AKu tahu yang lain akan dapat tempat ke 4 dan 5 sebab mereka juga dijadikan sebagai "cagaran" untuk yang lain ke atas.

Lepas sahaja umum keputusan dan saling bersalaman aku dan kawan-kawan yang lain terus pergi. Kami pergi makan ke tempat yang jauh..huhu jauh la sangat..ada la kat hulu2 selangor tu. Maaf kerana tinggalkan jentera aku yang lain macam tu je. Ingat nak ucap terima kasih by message tapi hp pulak habis bateri. Tapi dah juga ucap terima kasih sebelum tu sebenarnya.

Kehidupan aku selepas jadi calon amatlah kucar-kacir sedikit sebab banyak yang kena catch-up dari segi study, class dan projek. Tu yang sampai sedikit tertekan & perlukan ruang. Maaflah ada beberapa persatuan yang aku terpaksa hold dulu bagi aku "sembuh". Dulu ada seorang jentera aku terpaksa tunda buat dia punya mid-test untuk datang jadi saksi aku untuk hantar borang. Surat pengecualian yang sku mnta-minta tak pula dapat walaupun dah di pas-pas kepada beberapa orang / beberapa pihak. Kesian kawan aku tu. Sorry :( . Dah habis pilihanraya aku tu pun ada juga orang tak puas hati kat aku. Entah kenapa?. Gambar aku yang tag kat luar pintu rumah kolej dikoyakkan. Adei, amatlah tak matang budak ni.

Ada juga orang cakap aku mungkin bukan pilihan untuk diundi kerana muka aku garanglah, kononnya tak senyumlah. Tak tahu jangan main cakap beb..Yang cakap aku kurang communicate dengan ramai orang tu, adalah betul sikit & im still improve it. Tapi memang aku takkan cakap kat orang yang tak dikenali or even yang tak suka aku. Kalau ada pun lambat sikitlah . Tapi kekadang ok je. Hmm tulah susah nak puaskan hati semua..And thats why juga kenapa aku berani terima jadi calon ni-to improve myself. Ada juga ramai yang aku makin rapat & kenal sejak itu.

Harap "adik-beradik" still ada. Aku akan sokong diaorang tapi bukan untuk masuk menjawat beberapa jawatan. Aku bukannya kejar jawatan. & aku berhasrat NO MORE CUBA TERIMA APA-APA PUN JAWATAN BESAR-BESAR LEPAS NI even untuk improve diri sendiri huhu :P

Apa-apa pun kita tutup cerita ni. Let by gone be by gone :P Ayah AGI cakap aku ni bukan kalah tapi belum menang lagi? Adakah...???

Sunday, March 13, 2011

Dibalik Kotak Pilihan Part 1.





Hari Ahad 15 Feb , ketika aku berada di koperasi membeli barang, seseorang datang menghampiriku dan aku menegurnya seperti biasa. Dia memberitahuku perkara yang ingin diceritakan dulu. Dia kata dia akan menyokong aku untuk menjadi sertai pilihanraya Jawatankuasa/Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Aku berasa terkejut sedikit dan bertanya kepada diriku, mampukah aku menggalas tanggungjawab itu. Dia menyuruhku menunggu di fakulti pada keesokan harinya untuk berjumpa Dekan, Prof Razak. Seharian aku memikirkan..

Hari Isnin, aku keluar dari kelas CTU awal sedikit untuk ke fakulti. Semua calon berkumpul, ada beberapa orang yang aku kenal juga ada yang tidak berapa kenal. Aku lihat ada beberapa calon kuat. Calon yang lain pula ada yang tak jangka aku akan bertanding sekali. Selepas sahaja berjumpa dekan, aku disuruh mencari penyokong dan pencadang serta mengambil borang yang tarikh akhirnya pada hari itu juga.Calon yang lain sudah mengambilnya kerana mereka tahu mereka adalah calon beberapa hari lebih awal. Dalam masa kurang dari 2 jam itu, sambil kaki melangkah mencari, otak ligat berputar, ku temu beberapa sekutu meminta beberapa pandangan lagi. Aku akhirnya terima kerana:

1. peluang untuk aku berubah lebih ke depan, & lebih berani bergaul dengan orang, dapat membantu mereka juga

2. mendapat pengalaman & cara bekerja dalam pentadbiran

3. harapan dari yang lain-lain

4, bosan, nak lakukan something. dah 2 tahun setengah aku belajar sini & lagi 2 tahun kena tempuh. so at least ada sumbangan kepada UiTM dihatiku ni...

.. Bermula malam isnin tu aku peroleh banyak ilmu baru. Selama lebih kurang seminggu berkursus kami semua calon2 dh dianggap "adik-beradik" (harap betullah). 1st join kursus tu pun macam rendah diri je.. ye lah calon baru yang tiba-tiba..

Aku juga dapat tahu sebenarnya memang ada 4 orang bertanding. Kiranya aku calon akhir & baru. Kenapa? banyak cerita yang aku sendiri tak pasti, tetapi sudah sebelah kaki melangkah aku teruskan jua hingga penghujung garisan. Dengar & saksi,ada "Orang yang cuba Mengawal" calon-calon ini tanpa ada kuasa sebenar.Sesetengahnya seperti menjadi kambing hitam termasuk aku. Sesetengah yang lain dimaniskan dengan janji yang keawangan hingga melayang bagai pipih. Siapa yang tak nak kemenangan? aku nak juga tapi sekilas melihat semuanya aku target sekurang-kurangnya beri saingan yang agak kuat. caiyok! :P

~Calon 1, Abang namanya. part 3 dip. teater, aku mula kenal dengan dia sebab 1 team dalam petanque Sukan Antara Fakulti. Seterusnya sama-sama ikut kursus MDS. Dia ok sebab perwatakan dia menarik, ada pengalaman sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Saingan terhebat ini, aku pn rasa & agak sokong kalau dia menang.

~Calon.2, wakil tunggal perempuan, Kak Ayu part 4 deg.writing. aku kenal dia time dalam persatuan usahawan. Selalunya calon tunggal jantina akan menang so no komen but aku memang letak kalau boleh tahun ni lain sikit. Dua lelaki akan menang :P

~Calon.3, Afiq, part 2 dip.teater. Kenal dia time join Kursus MDS & MDS. Dia outspoken, peramah & still young.

~Calon.4,Amran, budak-budak panggil dia YB. Part 2 dip. tak kenal sangat. Baru je kenal dia boleh ke depan tapi belum sampai masa kot..

Tiba-riba selepas hantar borang untuk menjadi calon, malam tu datang lagi seorang calon, Huzai. Calon yang kuat juga sebab yang lain expect dia layak bertanding. Dia juga banyak pengalaman & kenal orang. Dia bergerak independent untuk tercalon. Dia pun aku macam sokong gak menang.


Sedang aku & lain2 berkursus CM (campaign manager ) & jenteralah banyak menolong promote, kempen & tampal poster. Aku pun join bila free seronoklah walaupun tak ramai sangat jentera tapi mereka memang bersungguh2. CM aku, Iva dipilih sebab dia macam sesuai dengan perwatakan dia & dia juga ex-student Law. Aku ada juga bawa beberapa jentera lain yang aku anggap boleh membantu aku termasuk my junior. Tapi ada timbul sedikit konflik bila ada yang rasa "Orang yang cuba Mengawal" (OM) mempengaruhi bebrapa jentera. OM ni suruh beberapa calon buat pakatan dalam undi dll.
Aku dan beberapa kawan yang lain tak setuju sebab melanggar peraturan pilihanraya. Kawan aku juga ada yang jadi mangsa OM sebelum ni. Seorang jentera aku dah bersetuju pulak dengan cadangan OM & dah bincang pun dengan wakil calon lain. So, kalau nak tarik balik tindakan ni nanti orang lain ingat aku saja main kotor..jadi macam mana? Akhirnya dengan perbincangan secara baik & jujur kami tidaklah colobrate.



Malam Ahad seterusnya, ada debat antara calon. Ni yang cuak sikit sebab kena beri jawapan yang terbaik untuk pelajar-pelajar lain tahu kebenaran. Sebelum tu adalah juga pergi kelas ke kelas untuk perkenalkan diri dan manifesto. Fakulti IM yang mulakan dulu dengan manifesto dan berinteraksi dengan pelajar barulah fakulti aku.Malam tu aku dapat tahu aku & Huzai dikira sebagai calon penentang/pembangkang. Aku tak tahu kenapa tetapi aku rasa disebabkan tindakan aku tak nak colobrate. Aku tahu ini semua gara-gara OM. Aku biarkan sahaja. Ketika Huzai & aku mahu berucap kami di "boo.." paling tersentap budak part 1 yang aku handle time MDS kebanyakan mereka join "memalukan" kami tu. walaupun mungkin ini hanya "main-mian" atau orang akan cakap, "biasalah, politik" tetapi aku rasa tidak adil untuk meletakkan kami dalam calon penentang. aku setuju dengan kata ini- Politik tak kotor tapi orang yang kotorkannya (kata seorang wakil rakyat :D ) aku ternampak OM dicelah-celah mereka yang bersuara tu. Ketika aku berucap, aku telah mendapat idea untuk menambah 1 point lagi iaitu tentang Unity dan aku dengan bangganya bercakap itu terus memandang ke arah OM. Buatlah apa saja aku tetap akan hormat segala kebaikan yang pernah dia buat dan tetap pertahankan jika dia cuba permainkan aku.

Walaupun begitu aku still ada jentera & penyokong yang kuat. Bilangan mereka sikit tapi ada suara seperti beribu orang. Kira Havoc la diaorang ni. Dah habis debat, aku pergi membetulkan posterku yang tertindih oleh calon lain. Kalau tak betulkan nanti disqualified. Tengah-tengah betulkan tali yang tak cukup tegang tu, aku jadi tegang , kecewa, sebab ada 1 poster aku sengaja dikoyakkan..cara koyak pun memang sengaja nak sakitkan hati sebab plastik cover dikoyak barulah kertas dalam tu dikoyakkan juga...

(to be continued....)


Sunday, March 6, 2011

Destiny Dice




Jom cerita pasal Minggu Destini Siswa Disember 2010/2011 :D Alkisahnya sem lepas 1st time join ingat nak ambil biro simple2 je. Pilihlah biro TTK or multimedia..datang kursus, diletakkan di biro teknikal tapi start MDS jadi setiausaha,,, sulit pulak :P Sem ni pulak letak pilihan yang sama sebab tak nakla berebut jawatan "famous". Baru 2 kali join kot. Kursus kali ni dapatlah biro TTK (tugas2 khas). Biro ni orang macam tak pandang sangat sebab tugas die taklah mencapub depan pelajar baru (PB). Kerjanya pun simple, jaga & agih barang. Yang macam tak suka sikit bila ada 1 orang yang patut masuk biro ni time kursus dia nak beralih ke biro paling "diingati" PB, SDK (sahsiah, disiplin & keselmatan) sebab nak buat hakka (untuk trademark biro) & sebab nk famous kot~ huh mengata org plak -_-" masa persentation biro plak simulasi tak jadi ditunjuk coz tak ada masa..tak dapatla tunjuk lakonan idea dari aku :/

Sekali lagi, bila dah nak mula MDS ni aku ditukarkan. Kali ni jadi SDK! (huh mampu ke aku?) sebab laki tak ramai dalam biro ni. Aku terima je janji dapat bertugas. Aku pun bole je buat muka ketat, lebih-lebih lagi kening aku ni membuatkan muka aku nampak garang..garang ke?

1st day, hari pendaftaran. Tugas aku bermula untuk menyambut kedatangan PB & tunjuk arah ke bilik mereka. Hari tu isnin, so sempatlah berpuasa sunat macam biasa. walaupun macam penat sikit tapi gagahkan je demi UiTM juga katanya, wah :D turun naik tangga, angkat beg besar gedebak yang di bawa oleh PB fuh, seronok! Dapat berbual-bual dengan parents diaorg, bagi sikit info kat PB2 ni. Dapat tengok ada yang menangis. Ramai yang membawa harapan keluarga masing-masing. Tetiba mase bertugas tu rasa tersentuh & terharu pulak. Yalah dapat berkhidmat & jaga kesinambungan generasi Uitm ni..teringat gak rupa-rupanya dah lama juga aku kat U ni walaupun baru 2 tahun.. 1st day ni juga setiap biro diperkenalkan. Untuk SDK, aku la kena cakap banyak, terangkan peraturan time MDS tu kat PB2..time tu la start control muka sebab yang lain2 macam nak ketawa dekah2 kat belakang sebab tak pernah tengok aku buat lagak serius kot..tapi lagak aku tu boleh diterima pakaila kata mereka :D

Yang tak boleh bla, after that, ada seorang ni cakap aku ni macam Raja Lawak plak time cakap tu. Dia macam tahan je nak gelak. Dia suruh aku lebih garang lagi. Hah, dengar dia cakap macam tu terus muka aku ketat je sepanjang MDS. Lebih-lebih lagi bila jumpa dia. Sebab tu aku elak je jumpa dia. Nanti dia tak tahan plak nak gelak. Cara dia cakap macam pandang rendah kat aku. Tau la dia boleh je buat lagi garang & jadi orang paling disayangi time tu..ops!

Kenangan tak boleh lupa bila aku terpaksa suruh PB2 ni cepat buat dalam kerja diaorg. antaranya time makan pun ada di beri masa. Terjerit2 la aku.."lagi 5 minit..2 minit lagi..2 minit!" hah, sampai ada yang hampir tercekik ! huhu.. Aku takla jadi garang sangat, aku just bole berkompromi je. Bagi arahan je tegas.. Yang kurang best tak dapat jadi faci dalam group sebab kena jaga keselematan diaorang.. :/

Seperti MDS lepas2 akan ada "drama penyingkiran". Pengarah akan suruh PB2 tulis PM (pemimpin mahasiswa) mana yang diaorang paling benci. 2 orang yang paling dibenci akan disingkirkan. Sem ni aku la jadi mangsanya yang "konon" nya dibenci bersama ketua ketua biro aku..bila dh singkir..puaslah PB2 tu pujuk balik. Siap kol, Bagi sms panjang berjela la (siap dgn contoh ttg cerita zmn nabi lg),nyanyi lagu untuk pujuk kami berdua la,,diaorang ingat kami dah balik dah padahal ada je kat bilik main game la.. on9 la..sebab tu la kami jd org yg disayangi katenya..


Malam penghabisan / habis jawatan tu ramai la berair mata. AKu pulak macam tak ada apa-apa perasaan pula. Sampaikan ada beberapa PB kata kenapa aku tak senyum pun. Muka ketat je. Haha, dik, dah terbiasa kot...tak pon muka memang macam ni. Dulu tak adalah dipenuhi dengan senyuman sebab jalan hidup dulu bukan gembira sangat :P Lagi pun malam tu aku sedih la jugak tapi tak ada la digambar secara luaran. Bangga pun ada sebab tugas dah selesai. Dah habis nangis-nangis, salam-salam..semua pun amik2 gambar, kalau dulu aku sebagai S/U yang terperuk dalam bilik gerakan tetiba kuar pada malam last tak ada apa sangatla.tapi kali ni bolelah gambar bersama adik-adik ni sebagai kenangan... :)
Untuk adik-adik atau kawan-kawan yang baru ni, semua yang dilakukan pada minggu ini bukannya semata-mata lakonan atau mainan tapi tugas untuk menyiapkan diri anda. Dah hidup kat U ni seberapa lama, rasakan la macam mana pahit manisnya,,

So next sem cadangnya nak join lagi untuk berkhidmat selagi aku masih di sini. Biro apa pulak yang aku akan dapat?? Pengalaman apa yang menanti? tunggulah takdir & pilihan ruang baru nanti...

xoxo Subfriend


Friday, February 25, 2011

bErPijaK di Bumi nYatA




Aku tengah sibuk memikirkan masalah kolej sambil online main game,main FB.. sebab aku tak dapat kemudahan tu untuk next sem~ Yalah, aku dah mengundurkan diri daripada ahli rumah lama. Then, mohon dengan seorang lagi kawan. Dah la 2 orang je. Tak cukup kuota 8 orang serumah, borang hantar lambat pulak huhu.. dah tak ada rezeki kan..Telefon orang yang berkaitan Katanya: kupon tak cukup KOT..(padahal penuh kot:balas aku)..dia cakap lagi:rumah kotor kot (padahal gigihla aku & housemate lama bersihkan rumah setiap ujung sem)..redha je la..terpaksa buat surat lepas ni nak pergi ke kolej awal..tiba-tiba hp aku berbunyi..ada orang penting call!

Dia tanya aku nak join kursus MDS(untuk urus pelajar baru masuk)tak? aku cakap aku akan balas jawapan nanti. fikir masak2 beserta pndgn, ajakan & nasihat beberape org, aku bersetuju. Yup, supaya boleh balik kolej awal settlekn masalah kolej. tp aku mmg nak bantu Pelajar Baru (PB) masuk gak. 1st time join last sem as S/u ok la jugak dapat tengok budak2 baru ni masuk walaupun dalam bilik gerakan je :P ..

Sebelum pergi macam ada dengar ura2 la kursus ni sekali dengan kursus Inspirasi Mahasiswa (berkait dengan kepimpinan & aktiviti lasak). Haa excited ade,, cuak sket pon ade,,ye la 1st time join kalau benda2 macam tu. Time daftar tu (16 Disember 2010) dapat tau gak la kami akan pergi ke UiTM Penang. Pergi naik bas, sampai pagi2 buta. Kolej yang kami diami memag fuhh macam hostel 5 star. Maklumlah kolej baru yang dibuat. Kami rasmikan pulak,sejuk,lengkap,besar-8 orang 1 rumah 2 blik air meja study semua lengkap & besar.Sampai2 je terus tidur.

1st week kat situ memang struggle sikit dari segi mental & fizikal. Dilatih untuk jadi pemimpin yang berfikiran kritikal. "Orang yang call aku" tu suro aku lebih menonjol dalam kursus ni tak tau kenapa tapi aku memang rancang nak step up lebih dari kursus yang lepas,,walaubagaimana pun tak jadi SEBAB aku tak nak terikut dengan kata dia nanti orang ingat aku mengikut sahaja..2nd sebab ramai orang yang berpengalaman join kursus ni beberapa banyak kali yang lepas lebih menonjol,nak jadi ketua, bersuara lebih etc so,,bagi je la. aku jadi observer je menunggu gak peluang baik.

Malam sehari sebelum habis kursus IM, kami semua kena buat Malam Aksara- persembahan pantun. Dibahagi kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan ada biro management masing2 & wajib hantar seorang untuk persembahan. Kumpulan aku, Pulau Sipadan dapat biro teknikal & multimedia. Semua buat kerja dengan baik & ada yang bagi idea kreatif buat video tentang tema malam tu- gejala sosial. Aku pula apa lagi ambil alih persembahan la sebab pantun2 ni memang macam sesuai dengan field study aku. Sementara diaorang sibuk buat kerja, aku sorang-sorangla perah idea bagi persembahan yang aku pamerkan nanti mantap & terbaik untuk kumpulan aku. Tak suka la cliche2 ni, aku buat persembahan pantun beserta sedikit lakonan spontan atas pentas. Ramai pun macam kagumla waktu tu. Alhamdulillah dapat hiburkan semua orang :)

Pagi keesokannya paling best sebab ada ala2 Explorace dekat tengah2 bandar Pulau Pinang. Aku bab2 race ni memang suka la :P Seperti biasa kumpulan yang aku join akan jadi kumpulan yang bagi saingan mantap & dapat tempat top2 la..aku take part dalam apa2 yang orang macam tak nak buat & lari sehabis boleh B-) akhirnya kami hanya dapat no.2 tetapi experience yang ada memang berhargalah dapat kenali semua ahli dengan rapat. Sebenarnya setiap malam ketika kursus tu kami selalu berkumpul lepak bersama kuatkan lagi group binding..Tapi ada kenangan yang sedihlah bila tetiba kena nyanyi lagu "Warisan" dekat Komtar. Segala keadaan disana pun membuat ku berfikir serius. Apa-apa pun sejak dah 2 kali join kursus ni, setiap kali nyanyi dua2 lagu UiTm mesti rasa macam sebak & bersemangat.

Tinggal beberapa hari lagi adalah untuk kursus Minggu Destini Siswa. Aku memilih untuk join jadi Biro tugas-tugas khas atau Multimedia tapi akhirnya dapat TTK. Tak nak jadi S/U lagi sebab nak cuba benda lain pulak. Biro ni cam aku pun ade gak ala2 low profile gitu orang pun macam pandang biasa2 je tapi kami semua memang havoc la. Lapan hari berada di sana cukup banyak pengalaman kenali pelbagai ragam orang & keadaan. Kami mempunyai 2/3 hari rehat sebelum memulakan tugas kami sebagai Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa 2010/2011~~~ to be continued



Saturday, January 22, 2011

Coz' He always by your side...



Ada satu malam ni...semua orang dah "kelam-kabut" cuba pelbagai cara untuk buka. Aku pun terikut-ikut. Yalah, 1st time boleh tengok pada hari pertama. Kalau sebelum-sebelum ni mesti ada di kampung. Tak pun bercuti dengan famili. Tangan masih cuba ni, buka Student portal semata-mata nak tengok result awal. Pada hal masih di malam hari sebelum tarikh rasmi keputusan akan keluar...Tapi ada yang bernasib baik, dapat buka pada siang tadi..mungkin masa sistem tengah test power.

Aku tetap sabar. Nak tengok lain hari pun boleh. Tapi masing-masing macam excited. So, join sekaki rasanya. Rasa takut mestilah ada. Ini keputusan untuk tahun dan sem pertama aku sebagai pelajar degree. Bukan nak dabik diri tapi dulu selalu dapat AD (kecuali sem akhir sebelum lompat ke degree :( huuu.. )so, nak kekalkan prestasi ni bukan senang. Aku pernah jatuh. Masa universiti ni la aku berazam nak tebus balik. Keluarga pun selalu mengaharapkan aku.

Entah bila, aku dah lupa. Aku check email sebab dia guna sistem baru untuk tahu keputusan iaitu by email. Cuba bukak email keputusan exam tu, perghh macam-macam rasa ada. Apalah nasib subjek Cik Mas aku? Aku patut dapat buat lagi baik last assignment hari tu.. subjek warisan Pn.Jumi pula macam mana? final exam hari tu jawab dalam keadaan mengantuk sangat..tupp slip exam terpampang kat skrin. Tiba-tiba macam tak ada reaksi pulak aku ni.. -_-" tengok nombor kat bawah...Alhamdulillah! aku berjaya kekalkan prestasi aku malah ini adalah keputusan yang paling terbaik pernah aku dapat. :)

Terima kasih keluarga, pensyarah dan kawan-kawan yang banyak membantu. 1st sem as degree student yg lompat dari diploma memanglah susah. Bermula dari sebelum hari pendaftaran ke hari pendaftaran yang tiada ramai membantu..kepada lain-lain masalah seterusnya. Aku sedikit terubat. Segala kesusahan aku selama ini terbalas. Aku tahu DIA selalu bersama-sama aku, bersama-sama semua orang. Kita je yang kadangkala terlupa padaNya atau buat-buat lupa :(...betul aku bersyukur sangat. Thank You Allah! Aku khabarkan berita gembira ini sejurus ibu dan ayah pulang dari kerja....



Thursday, January 6, 2011

Jeritan Malam





Salam, ok sorry dah bersawang dah blog ni coz tiada kesempatan / line yg susah. InsyaAllah lepas ni senang je nak update entry baru :) kali ni nak cerita tentang malam 20 November 2010 yg lepas. Aku & kawan lame a.k.a Qayyum dpt tiket free utk ke ShoutAwards 2010 menerusi fb Showdown 2010. Thnax! :D dah lama x mng peraduan2 ni..luck dlu smua ntah ke mana lol.. la ni baru dpt lg.

Cam biasela nek tren je ke bukit jalil..dtg2 je dah rmai org tercangak kt depan stadium putra.. ramai gak yg terserempak disana student TEKA of course la rmai. Kawan2 lama yg satu sekolah dulu pn jumpe gak tp x sempat nak tegur coz nmpk dr jauh je..



Tiket yg dpt ni adelah kt tempat standing depan pentas so, berdirilah kitaorg dari mule sampai abes..best gak dpt light stick too then ikut wave or dance bile ade performance..jerit x tentu hala XD dpt la snap beberape artis yg dtg kt depan pentas tu setengah ade yg post dlm blog ni ade yg post dlm my FB k..

dh dpt agak dh Yuna akan mng banyak tahun ni..misz nina pulak byk org ckp ttg die je tp x mng byk award.. persembahan plg best mlm tu adela time Misz Nina (byk menari & men ngan muzik, zizan dgn lawak die yg mmg lawak dan..alamak lupe da :P




thats it la kot nk cite.. pe2 hal nnti edit balik & tomorrow ade lg 1 entry baru InsyaAllah..bye