Monday, June 4, 2012

SubDiary: Melekat Di Celah Hati


Kali ni nak bercerita tentang satu perasaan ni yang aku tak tahu kenapa...


Kalau dulu aku ada pernah cakap, lepas selalu kena pergi "kursus" tiap-tiap malam sebelum ada 1 acara pemilihan tu . Lepas kembali kepada kehidupan pelajar yang normal & cliche, aku rasa macam KOSONG. Tak tahu dah nak buat apa-apa untuk mengisi malam dengan sesuatu yang memuaskan hati. Mungkin sebab dah biasa dengan sesuatu, apabila ditinggalkan ia akan menjadi sesuatu yang ganjil. Nak recover tu take time jugalah selama beberapa hari atau bulan.



Yang peliknya, aku ada join 1 kursus usahawan ni dekat Genting Highland. Lepas je balik dari kursus 3 hari tu, perkara yang sama terjadi. Padahal 3 hari je kot dan kurus tu sangatlah rileks je tak macam yang "kursus" malam tu...Nak kata aku terlalu fokus tak juga. Terlalu mendalami tak juga. Rileks je. Mungkin aku ni jenis yang apabila dah melekat pada sesuatu pasti akan bertahan lama pada sesuatu itu. Tengokla sekolah rendah, menengah dan universiti semua 5 tahun :O tapi study kt uni ni dah makin bosan pulak aku rasa. Mungkin sebab tak ada sesuatu yang baru atau menarik untuk boost kan semangat dalam diri aku sebab tu jadi macam ni


Kursus usahawan tu dapatla juga boost sebab tu aku join. Dah lama tak join kursus ni. Kena pulak tempat best. Makan pun ok. Pengisian yang tak padat atau banyak pressure. Jumpa ramai kenalan & kawan yang variety in good way. Usahawan & generate idea kreatif pulak memang aku minat. Ada juga cabaran emosi dan pemikiran apabila aku rasa hampir down dek the under-estimate thing instinct. Tetapi aku berjaya mengatasi :D Alhamdulillah aku tak terbawa-bawa. Dalam fikiran aku -its time to be more mature and new. Walaupun tak dapat berikan lebih lagi atau ubah banyak tapi ni dah dikira ok..

Perasaan ni biar ada dan pergi ikut masanya je lah kot. Mungkin sebab aku sentiasa mencari kehidupan yang keluar dari jalan biasa yang selalu pudar atau hitam.. tetapi biarlah masih lurus & benar .
Aku rasa sebab tu jugalah program realiti tv macam Survivor dia sediakan Psikiatri/Penasihat untuk peserta lepas habis game selama 39 hari tu ...

P/s: Masa kat genting tu pun aku jadi makin redah je sebab cuba banyak thrill game yang menggugat keimanan jantung macam roller-coaster dll. Dulu kalau cuba pon mesti cepat mual / nak muntah. :P kali ni entah kenapa aku nak cuba banyak dan berjaya tahan semua tu . aku rasa kena jerit macam orang gila atau enjoy gila-gila benda tu baru tak rasa kesan dia hahaha (tak ada kaitan dengan tajuk sebenar post ni) -_- k bye.