Wednesday, May 18, 2011

Dibalik kotak pilihan part 2





Continue entry lepas. Sori lambat. tak ada kesempatan waktu dalam sem yang banyak cabaran ni

Lepas poster dikoyakkan malam tu. Isnin pagi pulak aku edarkan flyers kat orang ramai untuk datang mengundi & promote aku..tp adalah seorang mamat ni so called "senior" boleh buat dek je bila aku bagi flyers. At least cakap tak nak or just ambil. Huh mesti dia adalah dari golongan anti-politik kononnya padahal aku rasa hidup dia cukup terkotang-kanting . Lihat je lah badan dia yang kurus kering macam penagih dadah tu..

kita lupakan jelah segala sabotaj yang ada...So, lest go to D-day: HAri pengundian calon. Aku duduk di tempat mengundi bersama calon lain dari pagi sampai petang untuk greeting pelajar yang datang. Dalam pada itu, jentera aku masih buat "pondok panas" apabila mereka memakai t-shirt yang tertera namaku untuk dijadikan calon MPP fakulti. Mereka pon pergilah bersiar-siar jalan kat kolej tu pakai t-shirt tu. Ada juga duduk kat satu gazebo. Nice, tqvm to my jentera.

Sesi undi dilanjutkan sampai pukul 6. Petang tupun aku dan lain-lain tarik ramai pelajar fakulti untuk turun mengundi. Yalah prestasi fakulti sebelum ni antara tercorot dalam sesi pilihanraya ni. ALhamdulillah banyak peningkatan pada kali ini. Sebelum undi hendak dihantar ke puncak alam untuk di umumkan kami disuruh tandatangan sebagai saksi melihat data dimasukkan. Dari situ nama aku dipanggil pada giliran ke empat. Abang 1st, kak Ayu 2nd. Ada juga terdetik ada kemungkinan besar itu merujuk pada kedudukan undian coz staf yang ambil nama kitaorang tu dia tengok kat skrin komputer :O

Bagai satu dramatik, kalau dulu penamaan calon aku datang agak lewat tapi sempat. Nak umumkan keputusan pula, aku tersampai lambat sebab aku naik kereta kawanku. Yang lain yang naik bas dan dah sampai sedang tunggu aku untuk memulakan majlis. Apa lagi berlarilah ke sana. Betul jangkaanku aku hanya dapat temapt ke 4! Abang 1st, Kak Ayu 2nd, Huzai 3rd. Aku tak sedih, tak juga gembira cuma berfikiran terbuka & lpangkan dada. Perbezaan antara aku dan Huzai cuma beberapa angka dan beza antara kak ayu cuma beberapa belas. AKu tahu yang lain akan dapat tempat ke 4 dan 5 sebab mereka juga dijadikan sebagai "cagaran" untuk yang lain ke atas.

Lepas sahaja umum keputusan dan saling bersalaman aku dan kawan-kawan yang lain terus pergi. Kami pergi makan ke tempat yang jauh..huhu jauh la sangat..ada la kat hulu2 selangor tu. Maaf kerana tinggalkan jentera aku yang lain macam tu je. Ingat nak ucap terima kasih by message tapi hp pulak habis bateri. Tapi dah juga ucap terima kasih sebelum tu sebenarnya.

Kehidupan aku selepas jadi calon amatlah kucar-kacir sedikit sebab banyak yang kena catch-up dari segi study, class dan projek. Tu yang sampai sedikit tertekan & perlukan ruang. Maaflah ada beberapa persatuan yang aku terpaksa hold dulu bagi aku "sembuh". Dulu ada seorang jentera aku terpaksa tunda buat dia punya mid-test untuk datang jadi saksi aku untuk hantar borang. Surat pengecualian yang sku mnta-minta tak pula dapat walaupun dah di pas-pas kepada beberapa orang / beberapa pihak. Kesian kawan aku tu. Sorry :( . Dah habis pilihanraya aku tu pun ada juga orang tak puas hati kat aku. Entah kenapa?. Gambar aku yang tag kat luar pintu rumah kolej dikoyakkan. Adei, amatlah tak matang budak ni.

Ada juga orang cakap aku mungkin bukan pilihan untuk diundi kerana muka aku garanglah, kononnya tak senyumlah. Tak tahu jangan main cakap beb..Yang cakap aku kurang communicate dengan ramai orang tu, adalah betul sikit & im still improve it. Tapi memang aku takkan cakap kat orang yang tak dikenali or even yang tak suka aku. Kalau ada pun lambat sikitlah . Tapi kekadang ok je. Hmm tulah susah nak puaskan hati semua..And thats why juga kenapa aku berani terima jadi calon ni-to improve myself. Ada juga ramai yang aku makin rapat & kenal sejak itu.

Harap "adik-beradik" still ada. Aku akan sokong diaorang tapi bukan untuk masuk menjawat beberapa jawatan. Aku bukannya kejar jawatan. & aku berhasrat NO MORE CUBA TERIMA APA-APA PUN JAWATAN BESAR-BESAR LEPAS NI even untuk improve diri sendiri huhu :P

Apa-apa pun kita tutup cerita ni. Let by gone be by gone :P Ayah AGI cakap aku ni bukan kalah tapi belum menang lagi? Adakah...???