Monday, May 27, 2013

Coretan Malam



  
Kawan di mana dikau?
Puas kantaku mengesan
Pendamping sehati,
Menjadi sahabat mendengar sanubari

Kawan yang ada bukanku campak,
Ramai mereka penyeri membantuku berdiri,
Cuma batas ciptakan pemisah
Otak ruwet penat meligat tertanya sendiri
Tiadakah mampu kumiliki?

Kawan kuingin berlari bersama
di permaidani hijau,
atau duduk dibawah si bumbung bintang,
Harap kau sambut dengan cerita perihal dikau,
Biar mulutku senyum dengar bahagiamu
Kita selami kesedihan dihujung jemu

Kawan aku di sini
Tersesat, takut nak balik lagi
Bersendiri di lembah hitam
Tersangkut dengan kenangan silam
Kebanyakan  jiwa zalim mengikut musim

Tarik tanganku kawan,
Peluk kerapuhan semangatku,
Biar tersedar lamunan terbuntu

Tuesday, April 2, 2013

Penat


Aku penat dengan hidup,
Terkadang betul terkadang salah,
Selalu terjatuh, jarang sekali di megah

Aku penat dengan hidup
menahan jiwa menahan minda,
menebus dosa mengimpikan syurga

Hidup...
tak henti mengejar segulung kejayaan
yang lain hanya berendam di lautan nafsu,
menghabiskan waktu disangkakan boleh bertamu.


Penat...
bukan mengeluh hanya rasa
orang bermain lumpur, aku yang terpalit,
mata menjadi lesu, orang berkata pahit,

Aku penat dengan hidup,
mahu kulena ke alam abadi
tapi telinga setia dengarkan ilmu
selagi roh tak tinggalkan bumi.

Aku penat dengan hidup,
dua bulan pasakkan kekuatan,
ibu ayah  ku ingin banggakan,
berdoalah selagi nyawa ditanggung badan.



Tuesday, January 15, 2013

Next Phase of Life



Sekarang dah tahun 2013, aku terpanggil ke sini sebab dah lama aku tak bersihkan sawang2 yang ada kat sini. Dan lagi, ada banyak perkara yang berlaku sepanjang masa dari perjalanan akhir tahun lepas sehingga sekarang di minggu ketiga Januari 2013 ni. Pahit, manis, masam, manis..semuanya ada. Aku melalui hidup aku seperti biasa - keseorangan, hanya kadangkala jika ada yang memerlukan teman aku akan segera pada mereka. Eh , cop aku ada gak family tapi taklah selalu bersama / rapat biasa2 je.

Sekarang ni aku cuba lupakan semua kesalahan, perkara negatif atau masalah yang berlaku antara aku dengan orang sekeliling aku...sama ada yang telah berlaku, tengah berlaku atau akan berlaku sebab aku tak tahu aku ada masa yang cukup atau tak untuk merasa semua benda nanti.

Tahun baru ni, hidup aku dah lain dah. Tak seperti dulu2. Aku kena lebih berdisiplin, kalau tak banyak masalah yang akan berlaku dan aku tak nak susahkan orang lain terutamanya keluarga aku.

Jadi di tahun baru ni, banyak impian yang aku ingin capai, sebelum ni aku ada tulis secara general http://subfriend.blogspot.com/2012/03/subdiary-my-teenage-dream.html dan untuk azam birthday aku tahun lepas http://subfriend.blogspot.com/2012/04/subdiary-30-days-to-22.html

ada yang jadi ada yang tak macam nak buat short film & ada bisnes sendiri. jadi ni azam untuk tahun baru ni & untuk usia 23 tahun aku nanti jugak:


1. Forgive & seek forgiveness from people

2. Looking for more friend especially in same gender (ni sama macam tahun lepas). sebab selalunya yang jadi peneman suka duka aku banyak kawan perempuan je. Tak semua benda boleh di kongsikan :P. Dah lah aku ni tak pandai berkawan...

3. Nak bawak kereta. dah lama tak bawa kereta jadi kekok sikit. & tak banyak keberanian & support dari diri sendiri atau orang lain..entah kenapa. Sem depan bawak kereta ke kampus ok gak

3. Nak menang or at least rasa seronok masuk some competition boleh tak? tahun lepas hampir2 nak ke final tapi tersalah tarikh terus melepas...

4. Nak dapat result cemerlang - macam biasalah.

5. Nak habiskan & siapkan dengan baik projek finalku- novel. Harap-harap tak banyak masalah.

6. Dah lama tak sambut birthday dengan kek & hadiah :P

7. Jaga kesihatan badan , pemakanan & berat badan. Tolonglah sekali je seumur hidup nak rasa jadi good in appearence & most importantly in health.

8. Nak buat benda yang out of the box fun-fun tapi terbatas dengan kawan2..or maybe alone..

9. cuba capaikan/laksanakan/make reality impian orang lain. make them happy

10. solat tak tinggal...

11. kumpul duit banyak2...untuk masa depan