Friday, February 25, 2011

bErPijaK di Bumi nYatA




Aku tengah sibuk memikirkan masalah kolej sambil online main game,main FB.. sebab aku tak dapat kemudahan tu untuk next sem~ Yalah, aku dah mengundurkan diri daripada ahli rumah lama. Then, mohon dengan seorang lagi kawan. Dah la 2 orang je. Tak cukup kuota 8 orang serumah, borang hantar lambat pulak huhu.. dah tak ada rezeki kan..Telefon orang yang berkaitan Katanya: kupon tak cukup KOT..(padahal penuh kot:balas aku)..dia cakap lagi:rumah kotor kot (padahal gigihla aku & housemate lama bersihkan rumah setiap ujung sem)..redha je la..terpaksa buat surat lepas ni nak pergi ke kolej awal..tiba-tiba hp aku berbunyi..ada orang penting call!

Dia tanya aku nak join kursus MDS(untuk urus pelajar baru masuk)tak? aku cakap aku akan balas jawapan nanti. fikir masak2 beserta pndgn, ajakan & nasihat beberape org, aku bersetuju. Yup, supaya boleh balik kolej awal settlekn masalah kolej. tp aku mmg nak bantu Pelajar Baru (PB) masuk gak. 1st time join last sem as S/u ok la jugak dapat tengok budak2 baru ni masuk walaupun dalam bilik gerakan je :P ..

Sebelum pergi macam ada dengar ura2 la kursus ni sekali dengan kursus Inspirasi Mahasiswa (berkait dengan kepimpinan & aktiviti lasak). Haa excited ade,, cuak sket pon ade,,ye la 1st time join kalau benda2 macam tu. Time daftar tu (16 Disember 2010) dapat tau gak la kami akan pergi ke UiTM Penang. Pergi naik bas, sampai pagi2 buta. Kolej yang kami diami memag fuhh macam hostel 5 star. Maklumlah kolej baru yang dibuat. Kami rasmikan pulak,sejuk,lengkap,besar-8 orang 1 rumah 2 blik air meja study semua lengkap & besar.Sampai2 je terus tidur.

1st week kat situ memang struggle sikit dari segi mental & fizikal. Dilatih untuk jadi pemimpin yang berfikiran kritikal. "Orang yang call aku" tu suro aku lebih menonjol dalam kursus ni tak tau kenapa tapi aku memang rancang nak step up lebih dari kursus yang lepas,,walaubagaimana pun tak jadi SEBAB aku tak nak terikut dengan kata dia nanti orang ingat aku mengikut sahaja..2nd sebab ramai orang yang berpengalaman join kursus ni beberapa banyak kali yang lepas lebih menonjol,nak jadi ketua, bersuara lebih etc so,,bagi je la. aku jadi observer je menunggu gak peluang baik.

Malam sehari sebelum habis kursus IM, kami semua kena buat Malam Aksara- persembahan pantun. Dibahagi kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan ada biro management masing2 & wajib hantar seorang untuk persembahan. Kumpulan aku, Pulau Sipadan dapat biro teknikal & multimedia. Semua buat kerja dengan baik & ada yang bagi idea kreatif buat video tentang tema malam tu- gejala sosial. Aku pula apa lagi ambil alih persembahan la sebab pantun2 ni memang macam sesuai dengan field study aku. Sementara diaorang sibuk buat kerja, aku sorang-sorangla perah idea bagi persembahan yang aku pamerkan nanti mantap & terbaik untuk kumpulan aku. Tak suka la cliche2 ni, aku buat persembahan pantun beserta sedikit lakonan spontan atas pentas. Ramai pun macam kagumla waktu tu. Alhamdulillah dapat hiburkan semua orang :)

Pagi keesokannya paling best sebab ada ala2 Explorace dekat tengah2 bandar Pulau Pinang. Aku bab2 race ni memang suka la :P Seperti biasa kumpulan yang aku join akan jadi kumpulan yang bagi saingan mantap & dapat tempat top2 la..aku take part dalam apa2 yang orang macam tak nak buat & lari sehabis boleh B-) akhirnya kami hanya dapat no.2 tetapi experience yang ada memang berhargalah dapat kenali semua ahli dengan rapat. Sebenarnya setiap malam ketika kursus tu kami selalu berkumpul lepak bersama kuatkan lagi group binding..Tapi ada kenangan yang sedihlah bila tetiba kena nyanyi lagu "Warisan" dekat Komtar. Segala keadaan disana pun membuat ku berfikir serius. Apa-apa pun sejak dah 2 kali join kursus ni, setiap kali nyanyi dua2 lagu UiTm mesti rasa macam sebak & bersemangat.

Tinggal beberapa hari lagi adalah untuk kursus Minggu Destini Siswa. Aku memilih untuk join jadi Biro tugas-tugas khas atau Multimedia tapi akhirnya dapat TTK. Tak nak jadi S/U lagi sebab nak cuba benda lain pulak. Biro ni cam aku pun ade gak ala2 low profile gitu orang pun macam pandang biasa2 je tapi kami semua memang havoc la. Lapan hari berada di sana cukup banyak pengalaman kenali pelbagai ragam orang & keadaan. Kami mempunyai 2/3 hari rehat sebelum memulakan tugas kami sebagai Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa 2010/2011~~~ to be continued