Monday, April 16, 2012

SubDiary: 30 days to 22


Salam,

sem ni paling rileks awal-awal berbanding sem-sem lain degree ni. Mungkin sebab aku dah menjauhi beberapa bebanan serta mengambil masa untuk mencari ketenangan. Tapi walaupun cuba jauh, bebanan itu pula menyerang. Sepatutnya dah selesai. Nak buat macam mana, cabaran kan sesuatu yang cliche dalam hidup ni. Semalam ronda-ronda malam terkenang pula kat ibu ayah dan keluarga. Aku akan genap 22 tahun sebulan sahaja lagi. Aku rasa macam tidak cukup atau belum berhasil lagi pengorbanan atau kejayaan aku untuk mereka. Aku juga mahu merasa beberapa perkara sebelum umur menjangkau jauh. Sebelum ni aku dah beritahu secara umum apa yang aku impikan (dekat post Teenage Dream. Kali ini adalah target dan angan-angan aku sebelum mencecah 22 dan semasa 22.

Sebelum 22:

1. Nak turunkan berat badan jadi 65 ke bawah supaya BMI normal. Dulu pernah jadikan ni azam sebelum umur 20 tahun tapi naik balik sebab busy. Jadi, lagi 2 kg untuk turun dalam masa sebulan. Aku just nak hidup sihat, cergas dan nampak fresh.

2. Nak selesaikan segala masalah atau bebanan yang tak selesai supaya dapat ketenangan sepenuhnya walaupun sekejap. Aku akan tidak ambil peduli anasir2 negatif yang akan ada. Campak semua jauh-jauh..


Semasa 22:

1. sambut birthday? haha perlu ke? cukuplah baca surah yassin dan beribadah kepadaNYa. tapi kalau ada orang nak kongsi gembira momen bersejarah ni bersama apa salahnya :P sepanjang hidup aku tak pernah kena lagi kena baling tepung atau apa2 sebab maybe orang tak tau tak ambil peduli birthday aku. Nasib baiklah :P. sambutan birthday kecil-kecilan yang palingku ingat pada waktu kecil. Setiap kali birthday adik-beradikku ibu akan buat jamuan sikit dan ajak jiran sebelah rumah. Dekat asrama pun best juga sebab kita orang akan collect duit untuk beli kek setiap bulan yang ada kelahiran member-member kita orang. Hadiah yang aku pernah dapat pula hanya pada waktu kecil dan masa besar ni kebanyakan kad atau belanja. Kad yang special & mempunyai cerita sedih adalah dari ibu dan ayah. Ketika itu tingkatan 4, aku rasa mula down. Dapat je tau dapt kad terus buka dan ada lagu birthday apabila buka. Ibu dan ayah pula memberi harapan dan sokongan kepada ku :'(..~

2. Nak lagi ramai kawan dan kenalan. Terutama member-member lelaki yang aku kurang (reason,dah beritahu dalam post2 sebelum ni). nanti senang nak lepak, kongsi2 cerita/idea dan tak ada batas sangat. Mungkin aku tak berapa ramah tapi aku pandai juga berkomunikasi. kalau tak, aku tak kan boleh survive sampai tahap ni. I will always be myself like this and improve

3. Nak capai kejayaan banyak-banyak dalam akademik dan bidang yang diceburi. So aku kena pandai cari peluand dan lebih banyak step up lepas ni.

4. Nak ada perniagaan sendiri sebab aku suka berniaga. Boleh juga bantu tampung perbelanjaan aku nanti.

5. Nak ada hasil karya sama ada filem/ short-filem/ game-show sendiri yang dah lama aku plan. Selalu tertangguh atau tak dapat sokongan lain jadi aku mungkin akan buat sendiri. Tak pun cari networking lain...

6. Nak buat praktikal kerja dalam industri dengan jayanya :P

itu je la dulu kot... kang nak banyak2 tak tercapai pulak.. so apa pulak akan berlaku pada 16 Mei nanti..kita tak tahu apa yang berlaku dalam next chapter hidup kita ni. Ntah2 sekali ajal dah ketemu... tak kesampaian nak capai kejayaan untuk my family & kawan2 :/ ~