Friday, June 3, 2011

Do or Dare



Baiklah entri kali ni nak singkap pula salah satu agenda yang berlaku last sem. Ingat tak hari yang Isnin yang aku kena jumpa Dekan dengan calon-calon MPP fakulti aku yang lain? Ha, sebenarnya pagi tu ade kelas CTU- Hubungan Etnik (mcm subjek agama islam la).

Ustaz suruh kami sekelas (gabungan 3 kelas-skrin,penulisan, animasi) buat satu event yang berkaitan dengan Hubungan Etnik. HAri tu la ustaz cari pengarah program. Banyak kali ustaz tanya and tuju orang tu dan ini tetapi tak ada pun yang berani nak ambil. Even, ada kot ramai yang "senior" or "dah lama" kononnya buat program tapi tak nak terima. Sekali tu ada orang cadang nama aku and ustaz tanya aku, aku terus je bersetuju sebab drag masa semata-mata nak pilih Project Manager tu. Rasanya ada lah suara-suara yang macam tak bersetuju. Tapi kenapa PENAKUT sangat tak nak terima bila ustaz bagi? :P
Itu tak apa lagi tapi bila nak buat mesyuarat ke apa memang liat sangat beberapa orang ni nak datang. Kalau ada kelas tu tak apa lah. Jangan cakap aku tak inform. Aku dah suruh wakil kelas gitau dan post dalam FB lagi. Mula-mula tu ustaz suruh buat teater tapi semua rasa macam susah sebab bukan ambil seni lakon pon kebanyakan kitaorang. So, aku decide and tanya ustaz suruh tukar. Then ustaz setuju cadangan kitaorang buat short film.

Masalah timbul bila pihak fakulti cakap tak ada bajet pada mulanya. Setelah mintak pandangan beberapa pihak, kitaorang terpaksa tukarkan event ni kepada forum kalau nak guna bajet fakulti. Bila dah tukar, ustaz nak ada juga persembahan daripada kami sebagai penilaian. Ustaz pun akan usahakan bajet dari pihak CITU. Masalahnya lagi, bila sebut pasal persembahan, ramai yang macam tak nak terlibat. Dia orang lebih suka urus teknikal/ pengurusan. Hello! takkan semua orang nak buat pengurusan dah kalau ustaz nak juga persembahan. Ajak beberapa orang casting pun susah.Adei -_-". Event ni kiatorang rancang nak tontonkan short film then barulah pihak panel berdiskusi tentang short film tu dari aspek hubungan etnik. Satu masalah lagi timbul bila susah nak cari short film yang ada nilai hubungan etnik. Nasib baiklah En.Hassan Mutalib cadangkan ambil projek 15Malaysia.

Sebenarnya waktu pertengahan sem uruskan event ni memang banyak cabaran. Time tu pulak aku bertanding MPP, so banyak perkara macam tergendala sikit.Aku terima jadi pengurus projek pun sebagai cabaran and untuk belajar. Lepas tu tak sangka pulak aku betul-betul dapat bertanding dalam MPP. Its not problem sebenarnya, sebab aku boleh gain somethin and salurkan pada event aku nanti.Dah habis pilihanraya pulak kan aku macam lost. Dari segi mental and juga pelajaran yang banyak kena catch-up balik. Malam-malam selalu kena attend kursus tapi bila dah tak ada rasa kosong. Selepas pilihanraya juga setiap kali aku terjumpa orang aku pasti akan tertanya apa pandangan dia orang terhadap aku. Maklumlah semasa bertanding pun situlah kita dapat tahu mana kawan mana musuh, mana yang suka kita dan mana yang tak suka. Tapi yang ok nya ada lah beberapa orang yang sebelum ni aku tak kenal pun dah bertegur sapa dengan aku. Orang pun dah macam kenal aku mesti ada pandangan berbeza. Ok, back to topic, time aku tengah lost and down ni, penolong pengurus dan Setiausaha kaulah banyak tolong dan gerakkan kerja. Aku berterima kasih banyak-banyak kat dia orang. Walaupun rasa macam tak suka di push oleh diaorang tapi itulah sebaiknya kot daripada aku terus lost. Dia orang pun dah selalu kenal and hang out sama-sama sem ni. Itulah jadi macam salah satu sebab juga aku rasa aku boleh handle event ni sebab diaorang pun ada senang kerja dengan aku.

Bayangkan lagi dua minggu nak event, banyak tak siap. Persembahan yang akhirnya jadi dua je tak pun nampak lagi latihannya. Pantomim sajak yang diuruskan aku dan juga persembahan nasyid daripada beberapa pelajar lelaki.Tapi nasib baik semua dah dirancang cuma tak nampak banyak geraknya lagi. Bahagian pengurusan lain banyak diurskan oleh penolong aku dan S/U. Diaoranglah banyak kena gerak sana-sini. Masalah lagi bila nak cari panel. Mula-mula cadangnya Pekin tapi untusesuaikan dengan hubungan etnik kitaorang cadangkan penagarah Ho Yuhang. Mula-mula dia setuju, tapi lepas tu dia macam diam je & lost contact. 2 minggu sebelum tu pulak, kebanyakn antara kitaorang satu kelas kena pergi trip ke Taman Negara untuk subjek Cinephoto.
Time-time trip tu jugalah banyak yang bermain kat fikiran aku tapi kiatorang macam rileks sekejap minda. Aku try conatct Pekin, Mamat Khalid dll tapi masing-masing pun busy. LAst-last lagi seminggu dapat contact Ho Yuhang balik. Dia rupa-rupanya fly ke Australia jap.

Bila buat mesyuarat minggu terakhir, time ni la yang beberapa orang yang tak pernah nak datang mesyuarat dulu, datang pulak. Macam-macam lah diaorang cadangkan, komen, dan beria nak tahu benda yang diaorang tak tahu. Awal-awal dulu tak nak pula ambil tahu dan cadangkan. Ni semua dah di plan baru nak ubah. It is too risky. tapi aku boleh je ambil beberapa perubahan demi kebaikan. Time rehearsal pertama dekat Dewan Kuliah Puncak Alam ada sedikit kelam kabut. Nasib baiklah ada orang tolong handlekan bagi lancar sebab aku pun ada kelas waktu tu.

Waktu hari kejadian, kita orang semua berkampung kat dewan tu buat rehearsal. Ada juga masalah lagi sebab beberapa orang ada kelas petang tu, malam pulak event start. Makanan pula tak seperti yang dirancang sebab sepatutnya bajet cukup dan ada makanan cukup dari pagi hingga malam event. Bila malam nak start tu pulak, dekan dan beberpa pensyarah lain tak datang untuk rasmikan sebab follow up dengan mereka tak selalu buat. Pelajar dari Puncak Perdana pun ramai tak datang walaupun ustaz kata dah uruskan kedatangan mereka. Ho-Yuhang pulak datang lambat kerana tersesat. Tetapi bila dah sampai je event bermula. Semua berjalan agak lancar walaupun ada kekurangan. Ada yang sukakan persembahan malam tu daripada pantomim dan nasyid. Aku pun tumpang bangga dengan diaorang sebab lakonan dan bersajak yang bagus serta nyanyian nasyid yang membuat semua terhibur. Agak janggal juga duduk dengan VIP ni sebab baru 1st time aku jadi pengarah projek.

Bak kata orang, setiap event yang dirancang pasti ada masalah, kalau tak ada masalah, tulah masalah besar sebenarnya. Jadi tak perlulah kita berbalah. Apa yang kurang harap dimaafkan, yang berjaya tahniah dan terima kasih ye :D . Disebalik malam tu adalah juga seorang perempuan dari fakulti yang biasa buat event di Puncak Alam komen tentang event kita orang. Pedas juga komen dia tapi kosong! sebab dia tak tahu apa-apa yang berlaku so shut up. Lagi satu buat semua orang jangan cakap negatif tentang beberapa krew aku dan pengurusan kami lebih-lebih lagi penolong aku dan setiausaha aku tak buat kerja. Diaoranglah yang paling bersusah payah. Kalau masuk Apprentice Donald Trump, kat board room pasti ada orang akan cakap aku tak deligate kerja kat orang lain dengan betul. Aku terima je sebab aku baru belajar. Tapi semua urusan tu dah dibantu oleh penolong & S/U aku. Jadi kalau ada kekurangan pun sebab masalah lain atau anasir-anasir lain.

Adalah dengar banyak cakap belakang tapi kalau nak tengok pun orang yang cakap ni pun lagi teruk sebab sebenarnya ramai yang cakap diaorang pun ada masalah bila buat event dulu-dulu. Apa-apa pun nice experience dapat handle benda macam ni, dapat kenal dan jumpa banyak gelagat orang :D . So, lega semuanya bila event ni dah habis. Tak ada lagi runsing-runsing.

Wednesday, May 18, 2011

Dibalik kotak pilihan part 2





Continue entry lepas. Sori lambat. tak ada kesempatan waktu dalam sem yang banyak cabaran ni

Lepas poster dikoyakkan malam tu. Isnin pagi pulak aku edarkan flyers kat orang ramai untuk datang mengundi & promote aku..tp adalah seorang mamat ni so called "senior" boleh buat dek je bila aku bagi flyers. At least cakap tak nak or just ambil. Huh mesti dia adalah dari golongan anti-politik kononnya padahal aku rasa hidup dia cukup terkotang-kanting . Lihat je lah badan dia yang kurus kering macam penagih dadah tu..

kita lupakan jelah segala sabotaj yang ada...So, lest go to D-day: HAri pengundian calon. Aku duduk di tempat mengundi bersama calon lain dari pagi sampai petang untuk greeting pelajar yang datang. Dalam pada itu, jentera aku masih buat "pondok panas" apabila mereka memakai t-shirt yang tertera namaku untuk dijadikan calon MPP fakulti. Mereka pon pergilah bersiar-siar jalan kat kolej tu pakai t-shirt tu. Ada juga duduk kat satu gazebo. Nice, tqvm to my jentera.

Sesi undi dilanjutkan sampai pukul 6. Petang tupun aku dan lain-lain tarik ramai pelajar fakulti untuk turun mengundi. Yalah prestasi fakulti sebelum ni antara tercorot dalam sesi pilihanraya ni. ALhamdulillah banyak peningkatan pada kali ini. Sebelum undi hendak dihantar ke puncak alam untuk di umumkan kami disuruh tandatangan sebagai saksi melihat data dimasukkan. Dari situ nama aku dipanggil pada giliran ke empat. Abang 1st, kak Ayu 2nd. Ada juga terdetik ada kemungkinan besar itu merujuk pada kedudukan undian coz staf yang ambil nama kitaorang tu dia tengok kat skrin komputer :O

Bagai satu dramatik, kalau dulu penamaan calon aku datang agak lewat tapi sempat. Nak umumkan keputusan pula, aku tersampai lambat sebab aku naik kereta kawanku. Yang lain yang naik bas dan dah sampai sedang tunggu aku untuk memulakan majlis. Apa lagi berlarilah ke sana. Betul jangkaanku aku hanya dapat temapt ke 4! Abang 1st, Kak Ayu 2nd, Huzai 3rd. Aku tak sedih, tak juga gembira cuma berfikiran terbuka & lpangkan dada. Perbezaan antara aku dan Huzai cuma beberapa angka dan beza antara kak ayu cuma beberapa belas. AKu tahu yang lain akan dapat tempat ke 4 dan 5 sebab mereka juga dijadikan sebagai "cagaran" untuk yang lain ke atas.

Lepas sahaja umum keputusan dan saling bersalaman aku dan kawan-kawan yang lain terus pergi. Kami pergi makan ke tempat yang jauh..huhu jauh la sangat..ada la kat hulu2 selangor tu. Maaf kerana tinggalkan jentera aku yang lain macam tu je. Ingat nak ucap terima kasih by message tapi hp pulak habis bateri. Tapi dah juga ucap terima kasih sebelum tu sebenarnya.

Kehidupan aku selepas jadi calon amatlah kucar-kacir sedikit sebab banyak yang kena catch-up dari segi study, class dan projek. Tu yang sampai sedikit tertekan & perlukan ruang. Maaflah ada beberapa persatuan yang aku terpaksa hold dulu bagi aku "sembuh". Dulu ada seorang jentera aku terpaksa tunda buat dia punya mid-test untuk datang jadi saksi aku untuk hantar borang. Surat pengecualian yang sku mnta-minta tak pula dapat walaupun dah di pas-pas kepada beberapa orang / beberapa pihak. Kesian kawan aku tu. Sorry :( . Dah habis pilihanraya aku tu pun ada juga orang tak puas hati kat aku. Entah kenapa?. Gambar aku yang tag kat luar pintu rumah kolej dikoyakkan. Adei, amatlah tak matang budak ni.

Ada juga orang cakap aku mungkin bukan pilihan untuk diundi kerana muka aku garanglah, kononnya tak senyumlah. Tak tahu jangan main cakap beb..Yang cakap aku kurang communicate dengan ramai orang tu, adalah betul sikit & im still improve it. Tapi memang aku takkan cakap kat orang yang tak dikenali or even yang tak suka aku. Kalau ada pun lambat sikitlah . Tapi kekadang ok je. Hmm tulah susah nak puaskan hati semua..And thats why juga kenapa aku berani terima jadi calon ni-to improve myself. Ada juga ramai yang aku makin rapat & kenal sejak itu.

Harap "adik-beradik" still ada. Aku akan sokong diaorang tapi bukan untuk masuk menjawat beberapa jawatan. Aku bukannya kejar jawatan. & aku berhasrat NO MORE CUBA TERIMA APA-APA PUN JAWATAN BESAR-BESAR LEPAS NI even untuk improve diri sendiri huhu :P

Apa-apa pun kita tutup cerita ni. Let by gone be by gone :P Ayah AGI cakap aku ni bukan kalah tapi belum menang lagi? Adakah...???