Sunday, March 6, 2011

Destiny Dice




Jom cerita pasal Minggu Destini Siswa Disember 2010/2011 :D Alkisahnya sem lepas 1st time join ingat nak ambil biro simple2 je. Pilihlah biro TTK or multimedia..datang kursus, diletakkan di biro teknikal tapi start MDS jadi setiausaha,,, sulit pulak :P Sem ni pulak letak pilihan yang sama sebab tak nakla berebut jawatan "famous". Baru 2 kali join kot. Kursus kali ni dapatlah biro TTK (tugas2 khas). Biro ni orang macam tak pandang sangat sebab tugas die taklah mencapub depan pelajar baru (PB). Kerjanya pun simple, jaga & agih barang. Yang macam tak suka sikit bila ada 1 orang yang patut masuk biro ni time kursus dia nak beralih ke biro paling "diingati" PB, SDK (sahsiah, disiplin & keselmatan) sebab nak buat hakka (untuk trademark biro) & sebab nk famous kot~ huh mengata org plak -_-" masa persentation biro plak simulasi tak jadi ditunjuk coz tak ada masa..tak dapatla tunjuk lakonan idea dari aku :/

Sekali lagi, bila dah nak mula MDS ni aku ditukarkan. Kali ni jadi SDK! (huh mampu ke aku?) sebab laki tak ramai dalam biro ni. Aku terima je janji dapat bertugas. Aku pun bole je buat muka ketat, lebih-lebih lagi kening aku ni membuatkan muka aku nampak garang..garang ke?

1st day, hari pendaftaran. Tugas aku bermula untuk menyambut kedatangan PB & tunjuk arah ke bilik mereka. Hari tu isnin, so sempatlah berpuasa sunat macam biasa. walaupun macam penat sikit tapi gagahkan je demi UiTM juga katanya, wah :D turun naik tangga, angkat beg besar gedebak yang di bawa oleh PB fuh, seronok! Dapat berbual-bual dengan parents diaorg, bagi sikit info kat PB2 ni. Dapat tengok ada yang menangis. Ramai yang membawa harapan keluarga masing-masing. Tetiba mase bertugas tu rasa tersentuh & terharu pulak. Yalah dapat berkhidmat & jaga kesinambungan generasi Uitm ni..teringat gak rupa-rupanya dah lama juga aku kat U ni walaupun baru 2 tahun.. 1st day ni juga setiap biro diperkenalkan. Untuk SDK, aku la kena cakap banyak, terangkan peraturan time MDS tu kat PB2..time tu la start control muka sebab yang lain2 macam nak ketawa dekah2 kat belakang sebab tak pernah tengok aku buat lagak serius kot..tapi lagak aku tu boleh diterima pakaila kata mereka :D

Yang tak boleh bla, after that, ada seorang ni cakap aku ni macam Raja Lawak plak time cakap tu. Dia macam tahan je nak gelak. Dia suruh aku lebih garang lagi. Hah, dengar dia cakap macam tu terus muka aku ketat je sepanjang MDS. Lebih-lebih lagi bila jumpa dia. Sebab tu aku elak je jumpa dia. Nanti dia tak tahan plak nak gelak. Cara dia cakap macam pandang rendah kat aku. Tau la dia boleh je buat lagi garang & jadi orang paling disayangi time tu..ops!

Kenangan tak boleh lupa bila aku terpaksa suruh PB2 ni cepat buat dalam kerja diaorg. antaranya time makan pun ada di beri masa. Terjerit2 la aku.."lagi 5 minit..2 minit lagi..2 minit!" hah, sampai ada yang hampir tercekik ! huhu.. Aku takla jadi garang sangat, aku just bole berkompromi je. Bagi arahan je tegas.. Yang kurang best tak dapat jadi faci dalam group sebab kena jaga keselematan diaorang.. :/

Seperti MDS lepas2 akan ada "drama penyingkiran". Pengarah akan suruh PB2 tulis PM (pemimpin mahasiswa) mana yang diaorang paling benci. 2 orang yang paling dibenci akan disingkirkan. Sem ni aku la jadi mangsanya yang "konon" nya dibenci bersama ketua ketua biro aku..bila dh singkir..puaslah PB2 tu pujuk balik. Siap kol, Bagi sms panjang berjela la (siap dgn contoh ttg cerita zmn nabi lg),nyanyi lagu untuk pujuk kami berdua la,,diaorang ingat kami dah balik dah padahal ada je kat bilik main game la.. on9 la..sebab tu la kami jd org yg disayangi katenya..


Malam penghabisan / habis jawatan tu ramai la berair mata. AKu pulak macam tak ada apa-apa perasaan pula. Sampaikan ada beberapa PB kata kenapa aku tak senyum pun. Muka ketat je. Haha, dik, dah terbiasa kot...tak pon muka memang macam ni. Dulu tak adalah dipenuhi dengan senyuman sebab jalan hidup dulu bukan gembira sangat :P Lagi pun malam tu aku sedih la jugak tapi tak ada la digambar secara luaran. Bangga pun ada sebab tugas dah selesai. Dah habis nangis-nangis, salam-salam..semua pun amik2 gambar, kalau dulu aku sebagai S/U yang terperuk dalam bilik gerakan tetiba kuar pada malam last tak ada apa sangatla.tapi kali ni bolelah gambar bersama adik-adik ni sebagai kenangan... :)
Untuk adik-adik atau kawan-kawan yang baru ni, semua yang dilakukan pada minggu ini bukannya semata-mata lakonan atau mainan tapi tugas untuk menyiapkan diri anda. Dah hidup kat U ni seberapa lama, rasakan la macam mana pahit manisnya,,

So next sem cadangnya nak join lagi untuk berkhidmat selagi aku masih di sini. Biro apa pulak yang aku akan dapat?? Pengalaman apa yang menanti? tunggulah takdir & pilihan ruang baru nanti...

xoxo Subfriend


Friday, February 25, 2011

bErPijaK di Bumi nYatA




Aku tengah sibuk memikirkan masalah kolej sambil online main game,main FB.. sebab aku tak dapat kemudahan tu untuk next sem~ Yalah, aku dah mengundurkan diri daripada ahli rumah lama. Then, mohon dengan seorang lagi kawan. Dah la 2 orang je. Tak cukup kuota 8 orang serumah, borang hantar lambat pulak huhu.. dah tak ada rezeki kan..Telefon orang yang berkaitan Katanya: kupon tak cukup KOT..(padahal penuh kot:balas aku)..dia cakap lagi:rumah kotor kot (padahal gigihla aku & housemate lama bersihkan rumah setiap ujung sem)..redha je la..terpaksa buat surat lepas ni nak pergi ke kolej awal..tiba-tiba hp aku berbunyi..ada orang penting call!

Dia tanya aku nak join kursus MDS(untuk urus pelajar baru masuk)tak? aku cakap aku akan balas jawapan nanti. fikir masak2 beserta pndgn, ajakan & nasihat beberape org, aku bersetuju. Yup, supaya boleh balik kolej awal settlekn masalah kolej. tp aku mmg nak bantu Pelajar Baru (PB) masuk gak. 1st time join last sem as S/u ok la jugak dapat tengok budak2 baru ni masuk walaupun dalam bilik gerakan je :P ..

Sebelum pergi macam ada dengar ura2 la kursus ni sekali dengan kursus Inspirasi Mahasiswa (berkait dengan kepimpinan & aktiviti lasak). Haa excited ade,, cuak sket pon ade,,ye la 1st time join kalau benda2 macam tu. Time daftar tu (16 Disember 2010) dapat tau gak la kami akan pergi ke UiTM Penang. Pergi naik bas, sampai pagi2 buta. Kolej yang kami diami memag fuhh macam hostel 5 star. Maklumlah kolej baru yang dibuat. Kami rasmikan pulak,sejuk,lengkap,besar-8 orang 1 rumah 2 blik air meja study semua lengkap & besar.Sampai2 je terus tidur.

1st week kat situ memang struggle sikit dari segi mental & fizikal. Dilatih untuk jadi pemimpin yang berfikiran kritikal. "Orang yang call aku" tu suro aku lebih menonjol dalam kursus ni tak tau kenapa tapi aku memang rancang nak step up lebih dari kursus yang lepas,,walaubagaimana pun tak jadi SEBAB aku tak nak terikut dengan kata dia nanti orang ingat aku mengikut sahaja..2nd sebab ramai orang yang berpengalaman join kursus ni beberapa banyak kali yang lepas lebih menonjol,nak jadi ketua, bersuara lebih etc so,,bagi je la. aku jadi observer je menunggu gak peluang baik.

Malam sehari sebelum habis kursus IM, kami semua kena buat Malam Aksara- persembahan pantun. Dibahagi kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan ada biro management masing2 & wajib hantar seorang untuk persembahan. Kumpulan aku, Pulau Sipadan dapat biro teknikal & multimedia. Semua buat kerja dengan baik & ada yang bagi idea kreatif buat video tentang tema malam tu- gejala sosial. Aku pula apa lagi ambil alih persembahan la sebab pantun2 ni memang macam sesuai dengan field study aku. Sementara diaorang sibuk buat kerja, aku sorang-sorangla perah idea bagi persembahan yang aku pamerkan nanti mantap & terbaik untuk kumpulan aku. Tak suka la cliche2 ni, aku buat persembahan pantun beserta sedikit lakonan spontan atas pentas. Ramai pun macam kagumla waktu tu. Alhamdulillah dapat hiburkan semua orang :)

Pagi keesokannya paling best sebab ada ala2 Explorace dekat tengah2 bandar Pulau Pinang. Aku bab2 race ni memang suka la :P Seperti biasa kumpulan yang aku join akan jadi kumpulan yang bagi saingan mantap & dapat tempat top2 la..aku take part dalam apa2 yang orang macam tak nak buat & lari sehabis boleh B-) akhirnya kami hanya dapat no.2 tetapi experience yang ada memang berhargalah dapat kenali semua ahli dengan rapat. Sebenarnya setiap malam ketika kursus tu kami selalu berkumpul lepak bersama kuatkan lagi group binding..Tapi ada kenangan yang sedihlah bila tetiba kena nyanyi lagu "Warisan" dekat Komtar. Segala keadaan disana pun membuat ku berfikir serius. Apa-apa pun sejak dah 2 kali join kursus ni, setiap kali nyanyi dua2 lagu UiTm mesti rasa macam sebak & bersemangat.

Tinggal beberapa hari lagi adalah untuk kursus Minggu Destini Siswa. Aku memilih untuk join jadi Biro tugas-tugas khas atau Multimedia tapi akhirnya dapat TTK. Tak nak jadi S/U lagi sebab nak cuba benda lain pulak. Biro ni cam aku pun ade gak ala2 low profile gitu orang pun macam pandang biasa2 je tapi kami semua memang havoc la. Lapan hari berada di sana cukup banyak pengalaman kenali pelbagai ragam orang & keadaan. Kami mempunyai 2/3 hari rehat sebelum memulakan tugas kami sebagai Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa 2010/2011~~~ to be continued