Kawan di mana dikau?
Puas kantaku mengesan
Pendamping sehati,
Menjadi sahabat mendengar sanubari
Kawan yang ada bukanku campak,
Ramai mereka penyeri membantuku berdiri,
Cuma batas ciptakan pemisah
Otak ruwet penat meligat tertanya sendiri
Tiadakah mampu kumiliki?
Kawan kuingin berlari bersama
di permaidani hijau,
atau duduk dibawah si bumbung bintang,
Harap kau sambut dengan cerita perihal dikau,
Biar mulutku senyum dengar bahagiamu
Kita selami kesedihan dihujung jemu
Kawan aku di sini
Tersesat, takut nak balik lagi
Bersendiri di lembah hitam
Tersangkut dengan kenangan silam
Kebanyakan jiwa
zalim mengikut musim
Tarik tanganku kawan,
Peluk kerapuhan semangatku,
Biar tersedar lamunan terbuntu
1 comment:
kehidupan payah cuma di pandangan,
kerana ujian hanya diberi pada yang mampu,
tanda kasih Dia pada kita...
sahabat sentiasa ada dalam ingatan walau tak di pandangan
hanya mengutud kiriman doa semangat dari jauh...
^_^ be strong.
Post a Comment