Sunday, March 13, 2011

Dibalik Kotak Pilihan Part 1.





Hari Ahad 15 Feb , ketika aku berada di koperasi membeli barang, seseorang datang menghampiriku dan aku menegurnya seperti biasa. Dia memberitahuku perkara yang ingin diceritakan dulu. Dia kata dia akan menyokong aku untuk menjadi sertai pilihanraya Jawatankuasa/Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Aku berasa terkejut sedikit dan bertanya kepada diriku, mampukah aku menggalas tanggungjawab itu. Dia menyuruhku menunggu di fakulti pada keesokan harinya untuk berjumpa Dekan, Prof Razak. Seharian aku memikirkan..

Hari Isnin, aku keluar dari kelas CTU awal sedikit untuk ke fakulti. Semua calon berkumpul, ada beberapa orang yang aku kenal juga ada yang tidak berapa kenal. Aku lihat ada beberapa calon kuat. Calon yang lain pula ada yang tak jangka aku akan bertanding sekali. Selepas sahaja berjumpa dekan, aku disuruh mencari penyokong dan pencadang serta mengambil borang yang tarikh akhirnya pada hari itu juga.Calon yang lain sudah mengambilnya kerana mereka tahu mereka adalah calon beberapa hari lebih awal. Dalam masa kurang dari 2 jam itu, sambil kaki melangkah mencari, otak ligat berputar, ku temu beberapa sekutu meminta beberapa pandangan lagi. Aku akhirnya terima kerana:

1. peluang untuk aku berubah lebih ke depan, & lebih berani bergaul dengan orang, dapat membantu mereka juga

2. mendapat pengalaman & cara bekerja dalam pentadbiran

3. harapan dari yang lain-lain

4, bosan, nak lakukan something. dah 2 tahun setengah aku belajar sini & lagi 2 tahun kena tempuh. so at least ada sumbangan kepada UiTM dihatiku ni...

.. Bermula malam isnin tu aku peroleh banyak ilmu baru. Selama lebih kurang seminggu berkursus kami semua calon2 dh dianggap "adik-beradik" (harap betullah). 1st join kursus tu pun macam rendah diri je.. ye lah calon baru yang tiba-tiba..

Aku juga dapat tahu sebenarnya memang ada 4 orang bertanding. Kiranya aku calon akhir & baru. Kenapa? banyak cerita yang aku sendiri tak pasti, tetapi sudah sebelah kaki melangkah aku teruskan jua hingga penghujung garisan. Dengar & saksi,ada "Orang yang cuba Mengawal" calon-calon ini tanpa ada kuasa sebenar.Sesetengahnya seperti menjadi kambing hitam termasuk aku. Sesetengah yang lain dimaniskan dengan janji yang keawangan hingga melayang bagai pipih. Siapa yang tak nak kemenangan? aku nak juga tapi sekilas melihat semuanya aku target sekurang-kurangnya beri saingan yang agak kuat. caiyok! :P

~Calon 1, Abang namanya. part 3 dip. teater, aku mula kenal dengan dia sebab 1 team dalam petanque Sukan Antara Fakulti. Seterusnya sama-sama ikut kursus MDS. Dia ok sebab perwatakan dia menarik, ada pengalaman sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Saingan terhebat ini, aku pn rasa & agak sokong kalau dia menang.

~Calon.2, wakil tunggal perempuan, Kak Ayu part 4 deg.writing. aku kenal dia time dalam persatuan usahawan. Selalunya calon tunggal jantina akan menang so no komen but aku memang letak kalau boleh tahun ni lain sikit. Dua lelaki akan menang :P

~Calon.3, Afiq, part 2 dip.teater. Kenal dia time join Kursus MDS & MDS. Dia outspoken, peramah & still young.

~Calon.4,Amran, budak-budak panggil dia YB. Part 2 dip. tak kenal sangat. Baru je kenal dia boleh ke depan tapi belum sampai masa kot..

Tiba-riba selepas hantar borang untuk menjadi calon, malam tu datang lagi seorang calon, Huzai. Calon yang kuat juga sebab yang lain expect dia layak bertanding. Dia juga banyak pengalaman & kenal orang. Dia bergerak independent untuk tercalon. Dia pun aku macam sokong gak menang.


Sedang aku & lain2 berkursus CM (campaign manager ) & jenteralah banyak menolong promote, kempen & tampal poster. Aku pun join bila free seronoklah walaupun tak ramai sangat jentera tapi mereka memang bersungguh2. CM aku, Iva dipilih sebab dia macam sesuai dengan perwatakan dia & dia juga ex-student Law. Aku ada juga bawa beberapa jentera lain yang aku anggap boleh membantu aku termasuk my junior. Tapi ada timbul sedikit konflik bila ada yang rasa "Orang yang cuba Mengawal" (OM) mempengaruhi bebrapa jentera. OM ni suruh beberapa calon buat pakatan dalam undi dll.
Aku dan beberapa kawan yang lain tak setuju sebab melanggar peraturan pilihanraya. Kawan aku juga ada yang jadi mangsa OM sebelum ni. Seorang jentera aku dah bersetuju pulak dengan cadangan OM & dah bincang pun dengan wakil calon lain. So, kalau nak tarik balik tindakan ni nanti orang lain ingat aku saja main kotor..jadi macam mana? Akhirnya dengan perbincangan secara baik & jujur kami tidaklah colobrate.



Malam Ahad seterusnya, ada debat antara calon. Ni yang cuak sikit sebab kena beri jawapan yang terbaik untuk pelajar-pelajar lain tahu kebenaran. Sebelum tu adalah juga pergi kelas ke kelas untuk perkenalkan diri dan manifesto. Fakulti IM yang mulakan dulu dengan manifesto dan berinteraksi dengan pelajar barulah fakulti aku.Malam tu aku dapat tahu aku & Huzai dikira sebagai calon penentang/pembangkang. Aku tak tahu kenapa tetapi aku rasa disebabkan tindakan aku tak nak colobrate. Aku tahu ini semua gara-gara OM. Aku biarkan sahaja. Ketika Huzai & aku mahu berucap kami di "boo.." paling tersentap budak part 1 yang aku handle time MDS kebanyakan mereka join "memalukan" kami tu. walaupun mungkin ini hanya "main-mian" atau orang akan cakap, "biasalah, politik" tetapi aku rasa tidak adil untuk meletakkan kami dalam calon penentang. aku setuju dengan kata ini- Politik tak kotor tapi orang yang kotorkannya (kata seorang wakil rakyat :D ) aku ternampak OM dicelah-celah mereka yang bersuara tu. Ketika aku berucap, aku telah mendapat idea untuk menambah 1 point lagi iaitu tentang Unity dan aku dengan bangganya bercakap itu terus memandang ke arah OM. Buatlah apa saja aku tetap akan hormat segala kebaikan yang pernah dia buat dan tetap pertahankan jika dia cuba permainkan aku.

Walaupun begitu aku still ada jentera & penyokong yang kuat. Bilangan mereka sikit tapi ada suara seperti beribu orang. Kira Havoc la diaorang ni. Dah habis debat, aku pergi membetulkan posterku yang tertindih oleh calon lain. Kalau tak betulkan nanti disqualified. Tengah-tengah betulkan tali yang tak cukup tegang tu, aku jadi tegang , kecewa, sebab ada 1 poster aku sengaja dikoyakkan..cara koyak pun memang sengaja nak sakitkan hati sebab plastik cover dikoyak barulah kertas dalam tu dikoyakkan juga...

(to be continued....)


No comments: