I still standing here today, Tomorrow who knows what happen, Now i try to be the best. Future, hope will brighter Im just an ordinary person, still waiting for the extraordinary things. Come take my hand, we'll walk through this together,,This was what i saw, i heard and i felt along this journey
Saturday, January 22, 2011
Coz' He always by your side...
Ada satu malam ni...semua orang dah "kelam-kabut" cuba pelbagai cara untuk buka. Aku pun terikut-ikut. Yalah, 1st time boleh tengok pada hari pertama. Kalau sebelum-sebelum ni mesti ada di kampung. Tak pun bercuti dengan famili. Tangan masih cuba ni, buka Student portal semata-mata nak tengok result awal. Pada hal masih di malam hari sebelum tarikh rasmi keputusan akan keluar...Tapi ada yang bernasib baik, dapat buka pada siang tadi..mungkin masa sistem tengah test power.
Aku tetap sabar. Nak tengok lain hari pun boleh. Tapi masing-masing macam excited. So, join sekaki rasanya. Rasa takut mestilah ada. Ini keputusan untuk tahun dan sem pertama aku sebagai pelajar degree. Bukan nak dabik diri tapi dulu selalu dapat AD (kecuali sem akhir sebelum lompat ke degree :( huuu.. )so, nak kekalkan prestasi ni bukan senang. Aku pernah jatuh. Masa universiti ni la aku berazam nak tebus balik. Keluarga pun selalu mengaharapkan aku.
Entah bila, aku dah lupa. Aku check email sebab dia guna sistem baru untuk tahu keputusan iaitu by email. Cuba bukak email keputusan exam tu, perghh macam-macam rasa ada. Apalah nasib subjek Cik Mas aku? Aku patut dapat buat lagi baik last assignment hari tu.. subjek warisan Pn.Jumi pula macam mana? final exam hari tu jawab dalam keadaan mengantuk sangat..tupp slip exam terpampang kat skrin. Tiba-tiba macam tak ada reaksi pulak aku ni.. -_-" tengok nombor kat bawah...Alhamdulillah! aku berjaya kekalkan prestasi aku malah ini adalah keputusan yang paling terbaik pernah aku dapat. :)
Terima kasih keluarga, pensyarah dan kawan-kawan yang banyak membantu. 1st sem as degree student yg lompat dari diploma memanglah susah. Bermula dari sebelum hari pendaftaran ke hari pendaftaran yang tiada ramai membantu..kepada lain-lain masalah seterusnya. Aku sedikit terubat. Segala kesusahan aku selama ini terbalas. Aku tahu DIA selalu bersama-sama aku, bersama-sama semua orang. Kita je yang kadangkala terlupa padaNya atau buat-buat lupa :(...betul aku bersyukur sangat. Thank You Allah! Aku khabarkan berita gembira ini sejurus ibu dan ayah pulang dari kerja....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment